DIY: Racun Rumput Dengan MSG

Ini cerita bulan lepas. Si Dia datang bertandang. Katanya mahu ‘spot check‘ rumah.

Niat si Dia mudah. Nak semak aku ni kaki auta atau tidak.

Nak check aku ni jenis cakap tak serupa bikin atau tidak.

Masuk ke rumah si Dia kata nanti aku nak jenguk dapur kau.

Nak tengok sendiri apa ada dalam pantri aku ni.

Aku angguk dan senyum. Tiada apa nak disembunyi. Dapurpun tidak berpintu.

Seperti niat di hati, si Dia bangun terus ke dapur. Dibuka satu persatu pintu almari.

Kemudian terdengar suaranya berkata

“Dasar penipu. Munafik. Macam orang lain juga kau ni!”

Jerit si Dia ni dari dapur.

Apa hal si Dia terjerit-jerit ni. Tak sedap pula dengar. Macam ada debaran kecil mula melanda.

Sampai di dapur aku lihat ditangan si Dia ada MSG.

Dengan lantang keluar perkataan perkataan yang tidak enak didengar.

Aku senyum. Ada juga timbul rasa nak seligi jer kepala dia.

Selepas dia dah habis keluarkan semua perkataan buruk, aku pula tanya, “Dah habis?”

“Ha puas hati aku. Munafik!” Bab ni tergelak sikit.

Sebab memek muka si Dia memang kelas kat sini.

Aku sebut pada si Dia.

“Benda tu aku buat racun rumput. Aku tak beli racun. Guna MSG ni jer.”

“Biar betul kau. Haa jangan nak kelentong. Mana bukti?” soal si Dia tak puas hati.

“Jom ikut aku.” Aku bawa si Dia keluar.

Tunjukkan botol spray dan tempat rumput diracun. Menguning jadinya.

“Oh betul ek. Benda ni boleh racun.” Soal si Dia macam termalu pun ada.

“Yang kau lihat itulah buktinya. Ia sistemik. Masuk dalam sistem rumput sampai ke akar.”

“Rumput mati perlahan-lahan sampai ke akar. Kau boleh cuba!”

Si Dia balik rumah dan buat. Awal minggu ini si Dia beri laporan.

“Eh betul kau. Mampus habis rumput kat rumah aku. Tak sangka ek.”

Begitu mesej yang diterima.

MSG ini punya kuasa membunuh rumput.

Bayangkan kesan yang ia beri pada OTAK kita apabila kita menjamahnya.

Hati hati dengan makanan yang disuap pada anak dan dijamu pada keluarga dan teman.

Bijak bijak memilih. Usah jadikan mereka seperti nasib rumput.

Ada masanya di label makanan tidak tertulis perkataan MSG.

Kita rasa selamat dan beli. Perlu hati hati.

Ada ketikanya ditulis dengan nama lain.

MSG tersembunyi dalam nama nama ini:

– Hydrolyzed vegetable protein
– Hydrolyzed protein
– Hydrolyzed plant protein
– Plant protein extract
– Sodium caseinate
– Calcium caseinate
– Yeast extract
– Textured protein
– Autolyzed yeast
– Hydrolyzed oat flour

Penting untuk kita baca label. Perhati dan semak.

Penting untuk kesihatan tubuh dan otak.

Apa lagi? Dengar ni

Racun rumpai yang dikenakan pada pokok buah buahan dan sayuran beri kesan langsung kepada OTAK.

Kajian dari jurnal saintifik Toxicology dapati kesan racun ini sebabkan penyakit Alzheimer – nyanyuk dan Parkinson.

Pengeluar racun terkemuka guna racun yang kita letakkan dalam makanan di rumah dan dikedai.

Petikan dibawah adalah dari laporan saintifik tersebut:

Pesticide-induced glutamate excitotoxicity appears to share similar effects to monosodium glutamate (MSG) and aspartame-linked excitotoxicity.

Jauhi MSG. Ia toksid. Jauhi pohon yang tercemar dengan racun.

OTAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA.

OTAK ANAK ANAK TANGGUNGJAWAB KITA JUGA.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top