9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Ramadan bulan power mengaktifkan otak.

Sinergi kuasa puasa dan baca Al-Quran hebat ke atas otak.

Diperkasakan lagi dengan dark chocolate Vegan.

Kuasa memori dilipat ganda.

Mudahkan proses menghafal, mengingat.

Untuk anak anak yang belajar.

Untuk ibu bapa yang mahu jaga otak.

 

Al-Quran sarat dengan cerita.

Ada amaran dan ancaman. Motivasi dan inspirasi.

Kesan membaca dengan mengetahui makna sungguh menakjubkan.

Kesan pada Neuroplasticity

Lahirnya sel neuron baru dan berlakunya proses taa’ruf dengan sel neuron lama.

Hubungan diperkukuh. Signal diperkuat.

Kisah Nabi Musa dikejar Firaun mengaktifkan Motor Cortex dan Visual Cortex. Amygdala juga aktif.

Membuatkan otak merembeskan bahan kimia Oxytocin.

Kesan Oxytocin buatkan fokus pembaca meningkat.

Ada kelazatan. Lagi lama Al-Quran dikendong untuk dibaca.

Pahala bertambah berkali ganda.

 

Andai Oxytocin tidak berjaya dikeluarkan, bacaan  hambar.

Membaca tanpa makna, tiada rembesan Oxytocin.

Menguap jadi peneman setia.

Bila Al-Quran bercerita tentang syurga dan neraka,

Bahagian kanan otak menjadi aktif. Amygdala ligat beraksi. Temporal Lobe belah kiri juga sibuk jadinya.

BACA 11 MAKANAN DISARANKAN AMBIL DI BULAN PUASA

Bila Al-Quran berbicara hukum cerai, puasa, faraid,

Bahagian kiri menjadi sibuk. Prefrontal Cortex juga sibuk.

Bila Al-Quran menggambarkan Allah SWT Yang Satu,

Bahagian Temporal Lobe sebelah kanan pula aktif. Visual Cortex juga aktif. Prefrontal Cortex tak terkecuali.

Membaca Al Quran tingkatkan brain waves Alpha dan Theta

Fasa ‘deep relaxation. Ketenangan minda dan jiwa.

Emosi negatif beransur pergi. Terbentuknya damai di hati.

Membacanya dengan penuh lunak melodi.

Penuh jelas tajwidnya.

Kesan pada menurunnya hormon stress Cortisol dalam tubuh.

Membaca Al-Quran mesti dengan faham.

Kesannya hebat pada otak. Bacanya hari-hari.

Telusuri tafsirnya. Amalkan suruhannya.

Nescaya otak jadi hebat, akhirat lebih dekat dan berkat.

BACA 2 RAHSIA KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA

Anda Juga Mungkin Berminat

Probiotik: Bakteria Baik Yang Jaga Usus & Kuatkan Imun Anda Dari Dalam

Mata Pejam, Tapi Otak Masih Berjaga? Ini Puncanya Sebenarnya.

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Scroll to Top