Ini 11 Makanan Patut Ambil Pada Bulan Puasa

Nak berpuasa secara sihat?

Bukan sekadar berlapar dan dahaga semata mata?

Ini 11 makanan yang patut Tuan Puan makan terutama pada bulan Ramadan!

Sumber pembekal tenaga untuk tubuh dan otak.

1. Barley Flakes

Barli- sumber bijirin purba terhebat di abad ini.

Kini, anda boleh dapatkan Barley Flakes.

Antara PRODUK TERPANAS yang dicari semasa bulan puasa.

Ramai suka sangat ambil Barley Flakes.

Terutama semasa sahur.

Tak payah silat bagai di dapur pada pagi hari.

Bancuh sahaja Barley Flakes.

Boleh diolah ikut selera letak buah tin atau kurma.

Dalam jurnal Benefits of Barley Grains in Animal & Human Diet (2021).

Barli punyai khasiat unik seperti:

1. Beta glucan

Turunkan kolesterol darah. Bantu tingkatkan proses penghadaman.

Elok untuk fungsi jantung.

2. Tocols

Lindungi dari penyakit neurologi seperti Alzheimer’s serta diabetes.

3. Vanillic Acid

Molekul bioaktif untuk cegah penyakit disebabkan inflamasi.

4. Coumaric Acid

Lindungi kesihatan jantung.

Bukan itu saja.

Barli kaya dengan sejenis vitamin B.

Bernama niacin (vitamin B3) yang digunakan oleh badan.

Untuk tukar makanan kepada tenaga.

Sebab tu ketika puasa, badan kekal bertenaga dan tak letih.

Niacin penting untuk sistem saraf dan pencernaan.

Nak baca lebih lanjut?

24 Sebab Kenapa Kena Berdamping dengan Barli

2. Minyak MCT

Ada apa dengan MCT?

Mengikut jurnal Organic MCT Oil (2020):

Molekul MCT lebih kecil berbanding kebanyakan lemak lain.

Dipanggil Long-Chain Triglycerides atau LCT.

MCT jadikan ia lebih mudah dihadam.

Tubuh mampu serap MCT masuk ke dalam saluran darah dengan lebih cepat.

Kebiasaan, lemak lain perlu bantuan asid hempedu atau enzim pencernaan lipase untuk dihadam.

Tapi MCT ni special sikit.

Ada laluan khas. Diserap terus melalui organ hati.

Selain untuk kegunaan harian.

MCT Oil OCOC sangat sesuai diamalkan semasa berpuasa.

Ia bertindak sebagai energy booster.

Lalui proses ketosis – ditukar kepada beta-hydroxybutyrate.

Di mana dalam keadaan berpuasa tanpa makan minum.

Tapi masih boleh bekalkan tenaga berterusan untuk tubuh dan otak.

Serta tingkatkan fokus.

MCT Oil juga bantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Apabila ekosistem dalam usus dijaga rapi. Maka, tiadalah masalah kulit berjerawat.

Berat badan juga terkawal.

Nak tahu lebih lanjut?

Ini ‘Rahsia’ MCT Oil Atasi Nyanyuk!

3. Minyak Zaitun

Ikut jurnal Cardioprotective Effects of the Polyphenol Hydroxy-tyrosol from Olive Oil (2017).

Minyak zaitun kaya antioksida Hydroxy-tyrosol.

Yang boleh kurangkan risiko terkena penyakit kronik.

Kajian terhadap 140,000 individu dapati.

Mereka yang amalkan minyak zaitun punyai risiko rendah untuk terkena stroke.

Jenis minyak zaitun yang diambil iaitu Extra Virgin Olive Oil.

EVOO ni hasil perahan pertama buah zaitun. Ini yang paling sihat.

Kandungan polifenol amat tinggi.

Apa kegunaan EVOO ni?

Boleh guna untuk dressing. Boleh buat sos. Celup pada roti bakar.

Dan untuk diambil terus sebagai suplemen kesihatan.

Bantu rendahkan risiko terkena kanser.

Perlahankan penuaan dari dalam. Kurangkan kolesterol jahat.

Boleh juga guna untuk masalah kulit seperti ekzema.

Nak tahu lebih lanjut?

5 Jenis Minyak Zaitun Anda Patut Tahu

4. Madu

Antara makanan yang disebut dalam Quran.

Nak lagi yang 100% ori.

Seperti Madu Uzbekistan OCOC

Bekalkan tenaga dan sokong kekuatan organ organ penting.

Juara antioksida kurangkan oxidative stress.

Musnahkan radikal bebas penyebab penyakit kronik.

Kebalkan sistem imun.

Punyai ciri anti-viral dan bertindak sebagai anti-depressant semula jadi.

Bersifat ‘nootropic’. Lindungi neuron. Bikin memori power.

Bersifat toksik terhadap sel kanser.

Nak tahu lebih lanjut?

16 Khasiat Madu Uzbekistan OCOC

5. Keledek

Keledek ungu adalah superfood. Anti oksida tinggi. Juga anti radang.

Bagus untuk otak. Bagus untuk usus.

Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.

Vitamin A untuk apa?

Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata.

Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini.

Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.

Dalam jurnal Food Functional: Sweet Potatoes (2015).

Keldek ungu turunkan asid urik sebanyak 30%.

Terima kasih pada anti oksida anthocyanin.

Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang.

Sesuai untuk kudapan sahur.

Selain turunkan berat badan seawal minggu ke-4.

Cara paling padu nak makan bila rebus.

Nutrien lebih banyak dikekalkan.

Serta lebih banyak diserap ke dalam badan.

Apabila direbus, struktur kimia dalam keledek diubah.

Kanji dalam keledek iaitu amylopectin dan amylose lebih lama dicerna oleh enzim

Kesannya?

Mengelakkan glucose spike dalam darah.

Bukan ubi saja tapi pucuknya juga bekalkan khasiat padu.

Nak tahu lebih lanjut?

11 Khasiat Daun Ubi Keledek (Tinggi Nutrisi Berbanding Bayam!)

6. Oat

Kalau senang kena gastrik, ambil oat.

Sebab ada vitamin B kompleks. Bantu sel tukar karbo kepada tenaga.

Sel otak perlu thiamine (vitamin B1).

Kurang sebabkan gangguan perut, tidur dan memori.

Kurangkan mudah melenting. Kurang juga sebabkan sel otak mati.

Ikut jurnal The Effects of Oat Components on Blood Pressure (2022).

Oat juga bantu turunkan tekanan darah.

Nak kenyang lama? Otak ada energi tinggi?

Makan makanan tinggi fiber seperti oat.

Oat ni dah ada dalam Barley Flakes.

Kalau nak boost energi, masukkan sikit MCT Oil.

MCT Oil akan tukarkan lemak kepada energi.

Lemak terbakar, berat menurun, kurus menjelma.

7. Protein

Ikut jurnal Animal and Plant Based Protein Sources (2022).

Protein perlu terutama protein kompleks.

Struktur kompleks akan lambatkan lagi proses pencernaan.

Ambil lemak sihat. Banyakkan makan ikan.

Ikan kaya dengan minyak Omega 3 terutama ikan kembung, sardin dan salmon.

Protein penting untuk sumber tenaga.

Bekal kuasa pada sel tisu dan otot untuk fungsi optimal. Rangsang rasa kenyang.

Dan bantu kawal berat badan.

Lean protein tak terhad kepada protein haiwan.

Ia bermaksud sumber protein mengandungi kurang dari 10g jumlah lemak.

Dan kurang 5g lemak tepu

Untuk setiap 100g saiz hidangan.

Contoh sumber lean protein tersihat seperti:

    • Ikan isi putih
    • Greek yogurt
    • Kacang
    • Minyak zaitun
    • Minyak MCT
    • Bijirin penuh
    • Tofu
    • Keju rendah lemak
    • Telur
    • Udang

                    Gantikan jajan dan snek dengan kekacang.

                    Seperti almond, gajus, walnut atau buah kering seperti buah kurma, aprikot, buah tin, kranberi.

                    Dark chocolate juga bantu menghilangkan craving makanan manis seperti gula-gula.

                    Nak baca lebih lanjut?

                    10 ‘HIGHLY FUNCTIONAL FOODS’ PATUT ADA DALAM SENARAI DIET

                    8. Fiber

                    Ikut jurnal The Health Benefits of Dietary Fibre (2020).

                    Sayur berdaun memang kaya serat untuk sistem usus. Bantu penghadaman.

                    Bekalkan banyak nutrien untuk sihat keseluruhan.

                    Contoh seperti kale, arugula, sawi, bayam dan bok choy.

                    Bayam tinggi kandungan folat. Sayur ideal ibu hamil. Selain zat besi dan kalsium.

                    Bahan penting untuk pertumbuhan bayi.

                    Bantu cegah cacat pada saraf tunjang dan otak bayi.

                    Vitamin B9 bantu elak risiko gugur.

                    Bayam bantu kuatkan tulang.

                    Elak nyanyuk, anemia serta baiki kualiti tidur.

                    Untuk buah berserat pula.

                    Buah delima ada punicalagin & ellagitannin.

                    Anti oksida terbaik lindungi dinding arteri dari menebal akibat plak & kolesterol.

                    Jusnya terkandung sejumlah anthocyanin & anthoxanthin.

                    Cukup banyak untuk kesihatan jantung.

                    Buah naga buah ada phytoalbumin.

                    Anti oksida power bantu halang pembentukan sel kanser.

                    Bantu boost paras zat besi.

                    Penting untuk angkut cukup oksigen & bekalkan tenaga.

                    Plum ada chlorogenic acid.

                    Bantu tingkatkan adiponectin – hormon yang kawal gula dalam darah.

                    Buah lain termasuk:

                    • Oren
                    • Strawberi
                    • Ceri
                    • Kiwi
                    • Epal
                    • Anggur
                    • Pisang kaki
                    • Pisang
                    • Belimbing

                    9. Susu

                    Ambil susu rendah lemak dan susu plant based.

                    Seperti susu kambing, susu almond, susu walnut dan santan.

                    Bila campur dengan minuman, santan kekal power.

                    Tak berubah sangat molekulnya.

                    Ada protein globulin. Penting untuk fungsi hati, pembekuan darah dan cegah jangkitan.

                    Ada albumin untuk elak cecair memasuki salur darah. Neutralkan toksin.

                    Ada lecithin. Bahan padu dalam proses metabolik untuk bakar lemak.

                    Ikut kajian, susu kambing lagi power daripada susu lembu.

                    Ada dalam minuman Coco OCOC.

                    Susu kambing ada protein lebih tinggi berbanding susu lembu.

                    Lebih rendah karbohidrat dan lebih tinggi kalsium berbanding susu lembu.

                    Susu kambing ada protein bernama CSN1S2. Bertindak sebagai agen anti-osteoporosis.

                    Nak tahu lebih lanjut?

                    17 Khasiat Susu Kambing Berbanding Susu Lembu

                    10. Granola Bar

                    Campuran supernuts untuk bekalkan nutrisi power.

                    Antara PRODUK TERPANAS pada bulan puasa iaitu Granola Bar.

                    Kenapa granola?

                    Nak bagi lancar aliran darah ke otak. Bekalkan tenaga ke sel sel tubuh.

                    Memori makin kuat. Badan makin cergas.

                    Sarat dengan mikro nutrien penting. Ada magnesium bagi relaks.

                    Perbaiki tidur pada tahap kemampusan tertinggi sekali.

                    Elok juga untuk masalah migrain.

                    Sarat vitamin D dan E.

                    Penting sangat nak elak sel daripada dijahanamkan oleh radikal bebas.

                    Nak muka ada senyum. Nak kenyang. Nak endorfin tinggi.

                    Nak tumbuhkan sel otak baru.

                    Berdampinglah dengan granola.

                    Nak tahu lebih lanjut?

                    18 Sebab Perlu Ambil Granola

                    11. Coklat Gelap

                    Ada theobromine.

                    Bagus untuk meningkatkan kepantasan berfikir. Menambah tenaga otak.

                    Coklat gelap ada phenylethylamine.

                    Nama lain dipanggil ‘love drug’.

                    Sebab dia aktifkan otak sama seperti sedang dilamun cinta.

                    Dan naikkan paras dopamin untuk mood lebih positif.

                    Tak adalah mood swing. Muka masam. Cebik bibir memanjang.

                    Ada dalam minuman coklat gelap seperti Coco OCOC dan Vegan OCOC.

                    Apa beza dua ni?

                    Coco OCOC guna susu kambing manakala Vegan OCOC pakai santan.

                    Nak tahu lebih lanjut?

                    15 Kelebihan Dark Chocolate

                     

                    Kenapa kena pilih makanan sihat?

                    Makan sihat bukan sekadar kenyangkan perut.

                    Tapi untuk kebalkan sistem imun. Biar tak mudah kena serang penyakit.

                    Malah, kesihatan bertambah baik, otak jadi power.

                    Kulit jadi cantik, badan jadi lentik dan emosi sentiasa bahagia sehingga ke hari tua.

                    Anda Juga Mungkin Berminat

                    14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

                    4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

                    29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

                    Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

                    6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

                    Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

                    Scroll to Top