Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!

03
HARI
:
 
08
JAM
:
 
54
MINIT
:
 
05
Seconds

You missed out!

1. SUSU ALMOND

Susu almond diperbuat daripada kacang badam.

Vegan dan lactose-free.

Ambil yang unsweetened lagi bagus.

Almond milk padat dengan nutrien seperti:

Kalsium, fosforus, potassium, fiber, protein, vitamin A, vitamin D dan vitamin E.

Juga rendah kalori dan lemak.

BACA 10 KHASIAT SUSU ALMOND

2. SUSU OAT

Kajian dapati,

Minum susu oat setiap hari selama 5 minggu.

Menunjukkan pengurangan kolesterol jahat sebanyak 5%!

Juga diperkaya dengan vitamin B2 dan B12.

Penting untuk hasilkan tenaga dari makanan yang kita makan.

Juga bagus untuk sel darah merah, sel OTAK dan saraf.

Susu oat juga tinggi dietary fibre.

Untuk pastikan pencernaan pada tahap optimal.

Jadikan perut kenyang lebih lama.

3. SUSU SANTAN

Siapa sangka, susu santan bagus untuk weight loss.

Terima kasih kepada medium chain triglycerides (MCT).

Bantu pastikan perut kenyang lama.

Susu santan juga kaya 2 antioksidan penting.

Iaitu vitamin C dan vitamin E.

Bantu lawan radikal bebas penyebab tumor dan penuaan awal.

Dalam minuman Dark Chocolate Vegan OCOC.

Juga menggunakan SANTAN sebagai bahan utama.

Boleh DAPATKAN DI SINI

4. SUSU SOYA

Susu soya rendah kalori dan tinggi protein.

Bagus untuk fungsi organ dan otot.

Juga kaya Omega-3 yang tak dihasilkan oleh tubuh.

Penting untuk cegah risiko Alzheimer / dementia.

Susu soya sumber potassium untuk kesihatan jantung.

Bantu seimbangkan tekanan darah.

Kaya isoflavones iaitu phytoestrogen.

Bagus untuk wanita yang alami menopaus.

5. SUSU GAJUS

Susu gajus bantu cegah ‘vitamin K deficiency.’

Penting untuk kuatkan tulang.

Kacang gajus ni sumber kaya protein.

Serta diperkaya dengan kalsium, vitamin A, D, E dan zat besi!

Bagus untuk cegah anemia.

Turunkan kolesterol tinggi. Cegah masalah mata.

Pastikan ambil yangg unsweetened.

BACA 6 KEBAIKAN KACANG GAJUS

6. SUSU MACADAMIA

Sebut bab tingkatkan fungsi OTAK.

Kurangkan risiko Irritable Bowel Syndrome (IBS).

Cegah Alzheimer. Kurangkan radang.

Tingkatkan kesihatan usus dan elok untuk diabetes.

Solusinya, ambil susu macadamia.

Tinggi lemak mono tak tepu (MUFA) untuk kolesterol.

Susu padat lemak sihat dan bebas lemak trans.

BACA 6 KHASIAT KACANG MACADAMIA

Anda Juga Mungkin Berminat

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Apa Jadi Dekat Tubuh Selepas Larian Maraton?

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

Scroll to Top