Amalkan Sayur Ini Untuk Elakkan Stress

Anai-Anai Dalam Badan?

“Dalam tubuh kita ada ‘anai-anai. Memakan perdu dalam tubuh. Dibiar seperti menunggu untuk roboh”.

Terkebil kebil Saiful mendengar analogiku. Terlopong mulut Saiful. Pelajar tahun 3 ini masih setia menanti baik kataku yang seterusnya.

Saiful anak kedua dari 3 orang adik beradik. Datang dari utara tanah air. Berbecak dalam sawah perkara biasa.

Loghat bahasa utaranya sepekat kuah laksa Sarawak yang baharu dihadapnya.

Saiful selalu ber’zikir’ tentang stres. Semuanya stress bagi Saiful. Aku berjumpa Saiful pun atas sebab perkataan stress.

“Ya, stress seperti anai-anai dalam tubuh. Apabila dibiar, kortisol yang dikeluar akan terus berpesta. Pesta kortisol memberi rosak pada tubuh. Berupa toksid berbahaya kepada OTAK.”

“Kortisol halang lahirnya sel otak baharu. Kecilkan saiz otak. Ia juga ganggu proses fikir dan memori.”


Saiful tekun mendengar ‘syarahan perdana’ ku. Mulutnya masih terlopong. Masih terkebil-kebil matanya.

“Kortisol juga ganggu insulin. Kerjanya tingkatkan gula dalam darah serta tinggikan insulin. Tanda mudah nak tahu, lihat sahaja lemak yang terbentuk di perut.”

“Lemak di perut bukti nyata turun naik gula dalam tubuh yang tidak seimbang, tanda pre diabetis. Tanda kita menghala diri ke arah Type 2 Diabetes. Semua ini mengganggu proses fikir, kosentrasi serta mood.”

“Oh ya, ia sebabkan tingkah laku berubah.”

Juga punca tenaga menurun.”

Makin bersemangat syarahan aku. Saiful membetulkan duduknya. Menongkat dagu dalam teruja.

“Boleh faham Saiful?” soalku ringkas.

Saiful mengangguk. Tiada perkataan. Hanya senyuman terukir di bibir.

“Mahu elak stress, amal tips ini ya Saiful:”

1. Mesti jauhi perkataan ‘stres’ dari bibir. Usah beratip dengan perkataan itu. .
2. Belajar teknik pernafasan. Ia boleh bantu redakan stress.
3. Ambil bayam. Ada 680mg GABA. Hormon penenang.


‘Boleh buat Saiful”, soalku lagi.

Saiful hanya mengangguk. Masih tiada suara. Sudah habis suaranya barangkali. Dek asyik berzikir dengan ‘stress’.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Tips Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Scroll to Top