Makanan Tidak Berkhasiat

Anak Kecil, Pizza & Ketagih

Terdengar bualan. Antara anak dan ibu. Anak sebut kelaparan.

Si ibu pandang. Lihat sekeliling. “Makan pizza nak?”

“Yeay, yum yum pizza.” Si anak melompat gembira. Tangannya ditepuk tepuk.

Si ibu tersenyum. Puas barangkali. Gelagat anak menambah rasa percaya si ibu.

Dua perkara menarik pada pizza. Satu pada rotinya. Satu lagi pada cheesenya.

Pada roti ada kompaun bernama gluteomorphins. Apabila makan, gluteomorphins akan masuk dan melekat pada reseptor opioid di otak.

Sama seperti morphins masuk ke reseptor opioid. Ia sebabkan rasa ketagih. Faham mudahnya seperti kita masukkan kabel 3 pin laptop ke soket 3 pin di dinding. Ia masuk dan melekat.

Pada cheese pula ada casomorphins. Hampir sama seperti gluteomorphins. Ia juga masuk melekat ke reseptor opioid di otak.

Apabila makan sahaja otak akan keluarkan dopamine – feel good hormone. Hormon ini juga sebabkan rasa ketagih.

Keinginan untuk makan berulang. Nampak cheese meleleh, kecur air liur. Meleleh jua akhirnya.

Dr Neal Barnard dalam bukunya The Cheese Trap sebut “Ia adalah dadah makanan, sebabkan ketagihan berulang. Ketagihan yang sebabkan obesiti.”

Hati hati dengan perangkap ini. Walau kenyang kita tetap mahu makan dan rasa. Penangannya luarbiasa.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

‘Suicide’ Antara 10 Penyebab Kematian Tertinggi Di Dunia!

Betul Ke Orang Bertangan Kidal Pendek Usia?

lab dr rizal

Rahsia Dr Rizal Tampil Awet Muda Di Usia 50an

Nyanyuk ‘Bukan’ Tanda Anda Menua Normal!

6 Fungsi Otot Sebagai ‘Organ For Longevity’

Scroll to Top
0