Okay Ke Kalau Anak Kecil Tonton Cerita Seram/Ganas?

Okay ke kalau anak tengok cerita seram/ganas?

Sempat saya berbual dengan teman.

Katanya bawa anak tonton wayang. Nak luang masa bersama.

Saya tanya cerita apa. Menarik juga kalau cerita bagus.

Cerita hantu katanya

Saya tarik nafas dalam dalam.

Saya teringat cerita Chucky dan Annabelle.

Tahun depan, keluar lagi satu watak seram baru.

Keluar trailer bertajuk Megan. Belum tayang, semua nantikan

Tengok ramai dok viral.

Okay ke kalau anak minat tonton cerita seram?

Jujur saya cakap.

Tak okay dedahkan anak kecil dengan jalan cerita ada unsur seperti ni

Lebih lebih bila ada unsur bunuh.

Dan aksi serba ganas dengan bunyi kuat.

Kita yang dewasa ni pun boleh jerit dan tutup mata

Apatah lagi anak kecil

Baca Artikel Seterusnya:

Muda Tapi Cepat Lupa? Risiko Early Onset Dementia?

okay ke

Risiko Otak Trauma

Otak tidak bezakan antara realiti dan senario dalam movie.

Tidak sesuai untuk otak anak.

Pada otak anak, scene itu ‘real’

Cuba tengok riak muka anak semasa mereka tonton cerita seram.

Kita nampak raut wajah mereka macam suka.

Tapi hakikatnya, minda mereka berperang dengan ketakutan.

Pada anak, bahagian otak bernama Amygdala akan aktif

Bahagian ini kerja seperti polis. Siap siaga selalu.

Apabila dia takut, maka takut jadi sistem operasi anak anak.

Seakan akan reaksi kepada bahaya fizikal

Takut nak ke bilik air. Takut gelap.

Pendek kata macam macam takut akan keluar.

Corak tidur juga kacau bilau

Dengan mimpi ngeri. Mengigau

Boleh bahagi kepada transient harms. Contoh, takut sementara.

Ada kes takut ni boleh melarat sampai ke besar.

Dan long-term harms.

Contoh, hidap Generalized Anxiety Disorder bila dah besar.

Baca Artikel Seterusnya:

Bersenam: 10 Tips Mudah Sesuai Untuk Semua

cerita seram

Lonjakan Hormon Stres

Amygdala juga bawa keluar hampir 12 hormon stres

Bayangkan anak kecil dilonggokkan dengan lambakan hormon stres.

Hormon-hormon ini ganggu kemampuan logik

Kemampuan berikan sebab, proses bahasa dan komunikasi anak anak.

Kata kata ‘mana ada hantu siang siang’

Tidak dapat ditapis oleh logik anak lagi.

Bagi mereka sama sahaja.

Lebih malang lagi, pelajaran terganggu.

Tuisyen pula tidak dapat bantu.

Kepala kita yang tidak gatal akhirnya kita garu.

Cuba cari mana silapnya.

Bagaimana Mahu Atasi?

  1. Tonton cerita sesuai dengan had umur.
  2. Hadkan akses ke YouTube atau Netflix.
  3. Cerita seram animasi dibolehkan.
  4. Elak cerita ada unsur slasher, tikam, bunuh, psikopat, dadah dll.

Jenis Cerita Tak Sesuai Untuk Anak Kecil

Horror Fantasy:

  • It
  • Chucky
  • Child’s Play
  • Series Annabelle
  • The Conjuring

Thriller Horror:

  • Train To Busan
  • Series Scream
  • Series Halloween
  • Ready or Not

Horror Psychological:

  • Glass
  • The Rings
  • Series Saw

Genre Slasher:

  • Happy Death Day
  • Series Final Destination

Supernatural Horror:

  • The Nun
  • Incantation
  • La Llorona

Usah membina derita pada anak yang tidak berdosa.

Baca Artikel Seterusnya:

Bagaimana Warna Pengaruhi Personaliti & Cara Otak Berfikir?

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top