Anak Terlalu Aktif ? Tangani dengan 3 Perkara Ini

Tiba tiba teringat pesan guru. Katanya kita perlu faham. Dia sebut orang dewasa, remaja dan kanak-kanak adalah tidak sama. Saya dengar dengan debar.
​
Bezanya pada otak. Otak kanak-kanak dan remaja umpama rumah yang sedang dibina. Ada bahagian yang siap. Ada bahagian yang belum bermula.
​
Apabila anak membaling mainan atau menggigit, bahagian brain stemnya terlebih aktif. Apabila orang dewasa bercakap bahasa logik, "jangan baling nanti rosak", anak tidak faham.
​
Orang dewasa guna bahasa Prefrontal Cortex. Tidak matching. Apa berlaku?
​
Aktiviti baling membaling diteruskan. Ada tambahan jeritan. Ibu/ayah makin 'panas'. Terus bertukar dari logikal masuk ke autopilot emosional.

Terus aktifkan amygdala ibu/ayah. Yang dilihat, dengar dan rasa adalah cabaran. Pusat takut ini terpaksa menyinga tunjuk kekuatan. Untuk apa ini dilakukan? Untuk kuasa.
​
Apa berlaku selepas itu?
​
Tangan dinaikkan. Ada yang tercedera emosi. Ada yang tercalar aspek psikologi. Ada fizikalnya merah sana merah sini.
​
Pesan Guru lagi ibubapa perlu belajar mindsight circuit.
​
Pesan guru lagi, manusia perlu tahu Right Temporal Parietal Junction (TPJ). Apabila kita menilai keadaan atau masalah, TPJ ini akan aktif dan akan bekerja dengan Prefrontal Cortex.
​
Ada cara aktifkan TPJ ini. Cara mudah dan murah ialah tarik nafas perlahan. Kira 1-5 sebelum keluarkan rasa dan kata. Paling bagus zikir dulu dalam kiraan 5.
​
Mudah saja. Bolehlah cuba.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top