Apakah itu penyakit anemia?
Mungkin ramai yang tak tahu tentang penyakit ini.
Penyakit anemia ni bukan calang-calang.
“Anemia ialah penyakit kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dalam tubuh seseorang yang boleh menjejaskan oksigen dan fungsi tubuh”
Tahukah anda?
Anemia bukan sekadar masalah kurang darah.
”Ia juga boleh memberi kesan serius kepada perkembangan otak terutamanya dalam tempoh penting pertumbuhan kanak-kanak”
Bagaimana Anemia terjadi?
Punca utamanya ialah kekurangan zat besi.
”Nutrien penting untuk pembentukan hemoglobin”
Ini boleh memberi kesan kepada perkembangan otak dan keupayaan pembelajaran.
Nak tahu tak?
Kenapa kesan anemia berlaku terhadap perkembangan otak?
”Kerana otak manusia terutamanya dalam 1,000 hari pertama kehidupan (dari kandungan hingga usia 2 tahun) mengalami perkembangan yang sangat”
Dalam tempoh ini,
- Sel sel otak berganda
- Sambungan saraf terbentuk
- Struktur otak berkembang
Mari kita ketahui anemia boleh menyebabkan:
i. Kemerosotan Perkembangan Kognitif
Kajian menunjukkan bahawa,
“Kanak kanak mengalami anemia lebih cenderung mempunyai IQ yang lebih rendah, daya ingatan lemah dan kesukaran dalam pelajaran”
ii. Gangguan Perkembangan Motorik
Motorik adalah perkembangan kemampuan manusia untuk mengawal gerakan tubuh dan memanipulasi sesuatu objek.
“Terutamanya kanak-kanak anemia sering mengalami kelewatan dalam kemahiran seperti merangkak, berjalan atau memegang objek”
iii. Masalah Emosi dan Tingkah Laku
Kekurangan oksigen ke otak boleh mengganggu fungsi neurotransmitter.
Neurotransmitter ialah bahan kimia yang berfungsi sebagai penghantar isyarat di dalam sistem saraf
Ia memainkan peranan penting dalam komunikasi antara sel-sel saraf (neuron) dengan sel-sel lain, termasuk otot, kelenjar, atau neuron lain.
“Menyebabkan kanak kanak menjadi lebih mudah marah, kurang tumpuan atau mengalami gangguan tidur”
iv. Risiko Jangka Panjang
Anemia yang tidak dirawat boleh meninggalkan kesan kekal, termasuk:
- Risiko gangguan mental
- Kurang daya tahan terhadap tekanan
Persoalannya,
Bolehkah kesan ini dicegah?
Berita baiknya, semestinya BOLEH.
Tetapi,
Kesan anemia terhadap perkembangan otak mesti dicegah dengan tindakan awal.
Mari kita lihat langkah langkah penting untuk anda mendapatkan nutrisi yang mencukupi:
i) Mengamalkan Pemakanan Seimbang
Pastikan anak anak mendapatkan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:
- Daging merah
- Makanan laut
- Kekacang
- Sayur-sayuran berdaun hijau; bayam
- Buah-buahan kering; kismis, aprikot
- Bijirin, roti dan pasta yang diperkuat dengan zat besi
- Kacang pea
ii) Suplemen Zat Besi
Dalam kes tertentu, doktor mungkin mencadangkan suplemen zat besi, terutamanya untuk wanita hamil dan kanak-kanak yang berisiko tinggi.
iii) Pemantauan Kesihatan
Pastikan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan anemia lebih awal.
Sekiranya tidak dirawat,
Penyakit anemia berpotensi menyebabkan komplikasi serius seperti;
- Masalah jantung (gangguan degupan jantung)
- Masalah paru-pary (pulmonary hypertension)
- Gangguan tumbesaran; pada bayi atau kanak-kanak
- Sukar menjalankan aktiviti harian akibat keletihan
Mesti kita tertanya-tanya kan,
Apakah simptom penyakit anemia?
Antara simptom anemia ialah:
- Pening kepala
- Kulit pucat
- Kerap letih
- Kuku rapuh
- Rambut rosak
- Sakit lidah
- Telinga berdengung
- Pernafasan tidak normal
- Degupan jantung laju
Jadi, adakah penyakit anemia mengganggu perkembangan otak?
Jawapannya ya.
Tetapi dengan langkah-langkah yang tepat,
InsyaAllah masalah ini boleh diatasi.
Jangan tunggu,
Pastikan kita beri perhatian kepada keperluan zat besi dan nutrisi anak-anak dan diri sendiri,
Untuk memastikan perkembangan otak yang optimum.
Kita juga boleh mengatasinya dengan mengikuti pengambilan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor dan mengamalkan pola pemakanan yang sihat.
Tahu sesuatu?