Nak belajar ilmu BODY DETOX?
Pendaftaran EARLY BIRD kini dibuka!
Harga promo sehingga 15 Ogos ini sahaja
Neuroconference Special Edition: NeuroDetox
LIVE di group FB (private) pada 2 September ini!
Kenapa kita digalakkan makan makanan sihat?
Sebab kita nak dapatkan nutrien dari makanan tersebut.
Seyakin mana nutrien yang kita makan itu diserap oleh tubuh?
Itu kalau ambil makanan sihat. Kalau ambil makanan tak sihat?
Tapi bagaimana pula dengan anti-nutrien?
Pernah dengar?
Anti-nutrien ada dalam sumber makanan dari haiwan dan tumbuhan
Tugasnya mudah. Halang penyerapan nutrien.
Dalam tumbuhan, anti-nutrien berfungsi cegah jangkitan.
Dan lindungi tumbuhan dari serangan serangga.
Anti-nutrien pada manusia ibarat parasit yang melekat pada molekul zat
Dan membantutkan penyerapan.
Sebab itu ada makanan yang kita tak sarankan untuk makan bersama.
Kerana boleh ganggu penyerapan nutrien.
Nutrien terbuang dan dikeluarkan melalui pembuangan dari bawah.
Contoh, makanan tinggi zat besi tak galak ambil bersama makanan tinggi kalsium.
Minuman berkafein seperti teh dan kopi ada anti-nutrien tannin.
Tannin boleh ganggu penyerapan zat besi.
Selain itu, gluten juga termasuk dalam kategori anti-nutrien.
Di sinilah peranan cara prepare dan cara masak main peranan penting.
Kebanyakan anti-nutrien dari jadi musuh.
Sebenarnya boleh jadi kawan dengan cara nyahaktifkan.
Melalui proses merendam. Contohnya, merendam beras perang dan chickpeas.
Proses merebus serta fermentasi juga bantu kurangkan jumlah anti-nutrien dalam makanan.
Untuk sayur pula, ada yang boleh diambil mentah.
Ada yang perlu dimasak sekejap. Ada yang perlu dimasak lebih lama.
Belajar sesuatu?
#DrRizal #Neuroversiti #antinutrient