Apa Anda Perlu Tahu Tentang Makanan Dalam Tin?

Mesti pernah nampak di rak jualan pelbagai bentuk makanan dalam tin.

Ada Ayam Brand, Heinz, Branston atau jenama Tesco sendiri.

Makanan dalam tin dikategorikan sebagai makanan berproses.

Sebab telah lalui pelbagai proses di kilang.

Tahu tak yang kaedah pengetinan ni sudah wujud sejak akhir abad ke-18.

Lama tuh.

Fokus utama ketika tu untuk para tentera yang berperang.

Nak bagi makanan tahan lama. Boleh makan selama bertahun lamanya tanpa busuk.

Secara umum, pengetinan ni ada 3 bahagian,

  1. Pemprosesan
  2. Pengedapan
  3. Pemanasan

Tin pula kebanyakan dialas dengan sejenis bahan kimia iaitu epoxy resin. Dibuat dengan Bisphenol A atau BPA.

Kalau saya, untuk alternatif yang lebih bagus saya prefer yang dalam balang kaca.

Atau karton aseptik.

Daripada makanan dalam tin, saya prefer makanan sejuk beku.

Jika perlu memilih. Jika tiada pilihan produk segar dari ladang.

Namun, perlu diingatkan untuk tidak kerap makan makanan dalam tin.

Ada bahayanya.

Walaupun saya faham ia senang didapati, murah dan cepat disediakan.

Jimat masa. Tapi demi kesihatan diri. Mungkin kena renungkan kejap.

Kalau pergi ke supermarket, mesti selalu mak pesan jangan beli produk yang kartonnya membonjol, tinnya kemek, retak atau bocor.

Ada beberapa kes keracunan yang dianggap jarang, namun tetap berlaku.

Makanan bertin yang tidak diproses dengan betul mungkin mengandungi sejenis bakteria berbahaya iaitu clostridium botulinum.

Mengambil makanan yang tercemar boleh menyebabkan botulism, penyakit serius yang boleh menyebabkan lumpuh dan kematian jika tidak dirawat.

Puncanya? Daripada sejenis bahan beracun iaitu toksin botulinum yang boleh akibatkan lumpuh pada otot rangka.

1. Makanan dalam tin ada kandungan sodium tinggi.

  • Terlalu banyak garam beri kesan negatif pada tekanan darah dan jantung.
  • Bentuk water retention yang sebabkan muka, kaki atau badan menjadi bengkak.
  • Garam berlebihan sebabkan risiko strok, kegagalan jantung, osteoporosis, kanser perut dan penyakit buah pinggang.

<img draggable=Tips:

  • Ketika membeli, cari produk yang ada kurang daripada 140 milligrams per hidangan (produk rendah sodium).

  • Dewasa sihat perlukan 1500mg sodium sahaja per hari manakala kanak-kanak sihat perlukan 1000 ke 1500mg sodium per hari.

2. Makanan dalam tin kemungkinan ada pengawet berlebihan.

  • Salah satu kesan pengawet paling berbahaya iaitu keupayaan untuk berubah menjadi agen karsinogen.
  • Contoh, nitrosamin, bahan pengawet nitrit dan nitrat bercampur dengan asid gastrik dan bentuk agen penyebab kanser.

<img draggable=Tips:

  • Beli produk segar atau organik. Kebiasaannya produk organik punyai jumlah pengawet yang sedikit.

3. Makanan dalam tin ada kandungan gula tinggi.

  • Gula berlebihan sebabkan insulin tambahan dalam aliran darah.
  • Gula tambahan iaitu sucrose, dextrose serta gula tiruan iaitu sucralose.
  • Jejaskan arteri di seluruh badan. Dinding arteri alami keradangan, menebal dan mengeras.
  • Tekanan pada jantung boleh sebabkan kerosakan yang boleh akibatkan komplikasi jantung.

<img draggable=Tips:

  • Had gula tambahan tidak lebih daripada 100 kalori sehari (kira-kira 6 sudu teh) untuk wanita dan, tidak lebih daripada 150 kalori sehari (kira-kira 9 sudu teh) untuk lelaki.

  • Gantikan dengan alternatif lain seperti madu asli, gula kelapa atau stevia.

4. Sedikit nutrien akibat kehilangan nutrisi ketika pemprosesan.

  • Proses pemanasan semasa pengetinan musnahkan daripada satu pertiga hingga separuh daripada vitamin A dan C, thiamin, dan riboflavin.
  • Kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan juga dikupas, dipotong, ditapis dan dicampur dengan bahan dan pengawet lain.

<img draggable=Tips:

  • Jika beli makanan dalam tin, sebaik sahaja dibuka pastikan digunakan segera untuk nutrisi maksimum.

  • Pilih sayur, buah, makanan laut dan produk tenusu yang segar berbanding yang ditinkan, dibungkus, atau dibalangkan.

5. Pilihan makanan dalam tin terhad akibat ketidaksesuaian.

  • Buah, sayur, ikan mahupun daging sesetengahnya tidak sesuai untuk ditinkan.
  • Beri kesan mendalam dari segi rasa, tekstur dan visual (contoh seperti brokoli)
  • Walaupun tetap ditinkan namun tidak begitu popular disebabkan rasanya yang tidak sesegar dalam bentuk asal.

<img draggable=Tips:

  • Makanan dalam tin boleh dibeli hanya sekadar untuk kecemasan dan bukan untuk kegunaan diet harian.

  • Makanan dalam tin boleh dibeli jika buah atau sayur tertentu sukar didapati atau harga produk segar terlalu mahal.

6. Sayuran dalam tin tidak seberapa fresh dan lembik.

  • Produk segar semestinya ada kandungan nutrien dan serat nutrisi paling banyak tidak disentuh.
  • Makanan dalam tin rupanya agak tidak menyelerakan, kusam atau lembik dan teksturnya amat berbeza berbanding produk segar.

<img draggable=Tips:

  • Untuk kesegaran maksimum, sebaiknya pilih makanan dalam tin yang diproses tidak lebih daripada setahun.

  • Pilih makanan dalam tin yang sememangnya sesuai dan teksturnya tidak banyak berubah (contohnya cendawan atau kekacang).

7. Pembuatan tin dialas dengan Bisphenol yang boleh memudaratkan.

  • Bisphenol S (BPS) dan bisphenol F (BPF) iaitu pengganti bahan kimia BPA dalam plastik yang melapisi tin aluminium.
  • Keupayaan BPA untuk bertindak sebagai estrogen tiruan dalam badan boleh bahayakan kesihatan perkembangan dan reproduktif.
  • Namun, BPS dan BPF masih timbulkan risiko kesihatan iaitu gangguan metabolisma badan.

<img draggable=Tips:

  • Pilih produk yang guna pelapik tin berasaskan semula jadi, seperti oleoresin.

  • Kurangkan pengambilan makanan atau minuman dalam tin serta elakkan tabiat suka gigit tin ketika minum.

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Scroll to Top