Apa Kesan Makan Pedas Pada Otak?

Lagi sekali, fast food chain paling tersohor iaitu McDonald’s.

Buat comeback akhir tahun.

Kali ini dengan Ayam Goreng 3X Spicy!

Fuhhh! Confirm lah bau pedas tu meresap dalam lubang hidung.

Bersin bersilih ganti dengan bernafas.

Tu baru bau. Tak campur lagi dengan rasa.

Ibarat malaikat maut datang lintas depan mata orang cakap.

Sebab tu ada letak sekali label “Makan Atas Risiko Sendiri.”

Saya boleh puji lah dengan cara McDonald’s promote jenamanya.

Setiap kali comeback, mesti ratusan juta penggemar setia menanti.

Kalau awal tahun Baru Cina nanti comeback Prosperity Burger.

McDonald’s sudah letak amaran.

Dah selesai tugas mereka. Seterusnya bergantung kepada kita sebagai pembeli.

Berita ni sudah pastinya bagaikan syurga buat penggemar makanan pedas.

Tapi saya ada satu persoalan.

Adakah berbaloi?

Sejauh manakah penggemar makanan segera nak cabar diri sendiri?

Demi 2 ketul ayam dalam satu kotak?

Ada lagi beberapa makanan di serata dunia yang cukup dikenali kerana kepedasannya.

Suicide Hot Chicken Wings di AS, vindaloo di India, dan pozole di Mexico.

Mexico ni memang tak sah kalau tak pedas.

Hampir kesemua jenis cili yang memegang rekod terpedas dunia.

Semua berasal dari sini.

Antaranya Ancho, Chilaca, Jalapeno, Habanero, Mirasol, Poblano dan Serreno,

Saya juga ada terbaca satu kisah viral di mana seorang individu perlu dimasukkan ke wad kecemasan setelah memakan ayam pedas tersebut.

Ni baru je berlaku.

Saya tengok bahan-bahan antaranya ada cili padi, capsicum dan black pepper.

Perut rasa berapi-api. Macam ada bara api dalam usus perut. Tinggi refluks asid dalam perut.

Itulah luahan individu yang juga peminat tegar makanan pedas.

Namun, perlu diakui bahawa dia tewas akhirnya.

Dan sudah berjanji tak mahu dah makan.

Tak kisah yang hantu pedas atau yang sekadar nak try, pandai-pandailah tanggung.

Saya berharap tuan puan semua berpada-pada dalam soal makanan yang dimasukkan ke dalam tubuh.

Kerana lain orang lain reaksi. Know your body.

Ada yang boleh tahan pedas.

Ada yang harini OK esok KO. Ada yang tak boleh telan langsung spicy food.

Tak nak semua benda yang lalu depan mata ditelan, bahana menanti di kemudian hari.

Minat pun minat juga. Tapi fikirkan soal keselamatan organ dalaman.

MENGENAL ERTI PEDAS

Kalau disuruh untuk jelaskan macam mana rasa pedas?

Bak disiram minyak panas kemudian dicucuk cucuk dengan jarum. Betul tak?

Pedas iaitu satu perasaan pedih atau panas terutama bahagian yang berlanggar dengan makanan pedas seperti bibir, mulut dan lidah.

After effect bila masuk dalam saluran makanan kalau makanan terlalu pedas.

Perut rasa macam dinyalakan api. Rasa panas menggelegak dan tak selesa.

Nama saintifik iaitu Capsicum Frutescens. 

Kebanyakan lada atau cili ni mempunyai rasa pedas. Ada juga yang tak pedas macam lada benggala atau cili panjang.

Bercakap secara saintifik, pedas ni adalah persepsi otak apabila bersua muka dengan fitonutrien (sebatian kimia) yang ada dalam cili bernama capsaicin.

Tugas capsaicin ni dia rangsang pain receptor dekat lidah kita.

Bila detect, terus maklumat dihantar ke negara otak.

Makin tinggi capsaicin, makin pedas.

Ada yang fikir pedas melampau boleh buatkan lapisan lidah melecet tapi tak.

Itu semua persepsi otak.

Tapi AWAS!

Persepsi ini boleh pengaruhi fungsi organ dalaman seperti lapisan perut, usus, kelenjar dan sistem pernafasan.

Sebelum ni dalam artikel terbaru saya.

Ada saya jelaskan tentang reaksi biokimia yang berlaku dalam otak.

Apabila perut lapar cetuskan mood marah.

Nak tahu? BACA DI SINI

Kenapa bila makan pedas.

Dahi mula berpeluh, hidung mula berair dan air mata mula keluar?

Bukan saja saja je mereka ni nak keluar.

Kerajaan otak akan tafsirkan maklumat sakit dan pedas panas tu sebagai satu bentuk ancaman buat kerajaan tubuh badan.

Secara automatik. sistem badan ni akan dirangsang untuk singkirkan ancaman itu dalam bentuk seperti tadi.

Berpeluh, mata berair, berair hidung dan air liur, perut sakit. Macam ada bara api. Kadang-kadang sampai loya nak muntah.

Masa ni juga kadar metabolik badan meningkat.

Kepada mereka yang lepas makan tu tiada alami masalah perut sakit atau usus berapi, tiada masalah.

Kalau ada pun, gejala tu sekejap saja.

Tapi berhati-hatilah kepada mereka yang memang sudah ada masalah seperti gastrik, sembelit, atau buasir.

Boleh merana dibuat.

SCOVILLE SCALE

Saya perasan yang sejak kebelakangan ni juga.

Trend makan makanan pedas semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Ada cabaran makan mi Samyang asal Korea Selatan, atau Maggi Goreng Pedas Giler, Paqui One Chip Challenge dan sebagainya.

Saya tengok penggunaan cili di Malaysia ni banyak guna cili biasa-biasa je.

Jika nak dibandingkan dengan luar negara.

Itu pun dah tak terkira pedasnya.

Kalau negara Barat level masuk ICU.

Guna gengster cili seperti Ghost Pepper atau Carolina Reaper.

Pemaisuri segala kepedasan.

Scoville Scale (SHU) diasaskan oleh Wilbur Scoville pada 1912.

Untuk ukur tahap kepedasan mengikut jenis cili.

Mi Samyang yang viral tu tahap kepedasannya.

Lebih kurang level Jalapeno dan Hungarian je.

Tapi kalau Ayam Goreng 3X Spicy.

Saya anggarkan berada di antara Cayenne Pepper dan Thai Pepper.

Geng cili merah, cili padi.

Fuhh pedas padu boleh kejutkan sel-sel.

Seram bulu roma pula saya bila lihat warna ayam goreng.

Bukan merah tapi merah kehitaman.

Cabaran perlu disahut tapi bukan cabaran macam ni.

Yang ni moga dijauhkan.

BAIK BURUK PEDAS

Kajian dalam jurnal European Molecular & Clinical Medicine (2020) menjelaskan,

Simptom gastrousus (sakit pada bahagian dada dan perut, loya) lebih kerap didapati pada wanita lebih muda yang mempunyai kadar makan makanan pedas yang lebih tinggi.

Masalah penghadaman dan cedera pada rongga mulut serta saluran pemakanan. Esofagus terkoyak.

Tidak dinafikan makanan pedas ni juga ada baik buruknya.

Kalau besederhana tiada masalah.

Sebab kalau tiada rasa pedas, tak ummpphh selera makan.

Makan cili ori pada kuantiti sederhana mampu beri kebaikan.

Cili padi tanam belakang rumah.

Yang tak baiknya, makan cili daripada sumber berproses.

Contohnya sos maggi, sos cili, ayam pedas segera.

Sebab dalam tu ada sodium tinggi. Garam banyak. Bukan hanya ada capsaicin ori. Ada pelbagai campuran serbuk cili serta capsaicin yang jumlahnya 3-4 kali ganda lebih banyak.

Berlebihan makan pedas ni boleh jejaskan fungsi kognitif otak.

Jadi mudah lupa.

Walaupun pedas bukanlah punca utama penyebab buasir, apendiks dan gastrik.

Tapi ia tetap boleh terukkan lagi tahap kesakitan.

Jadi, kalau yang saja nak cuba tu cubalah ikut kemampuan sendiri.

Jangan dipaksa dan seksa diri sendiri.

Tepuk dada tanya selera.

Saya sudah selesaikan tugas berkongsi sedikit sebanyak ilmu.

Giliran Tuan Puan.

 

P/S:

Dapatkan Mee Kari Nyonya sihat pertama di Malaysia!

Mi segera tinggi fiber & protein.

Jadikan perut tahan kenyang lebih lama.

MKN (3 PEK)

MKN (5 PEK)

MKN (10 PEK)

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Bahagian OTAK Ini Diaktifkan Ketika Anda Traveling!

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Bagaimana Melancong Bantu Lambatkan Penuaan?

9 Manfaat Sebenar Senaman Squat Ramai Tak Tahu

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

Scroll to Top
0