Kenapa Mudah Marah Ketika Lapar?

Orang cakap kalau tengah marah terutama perempuan.

 Jangan cuba cuba nak tegur atau bercakap dengan dia.

Especially masa dia tengah lapar.

Masatu orang cakap tu bukan diri dia dah.

Itu jelmaan Ares. Dewa kemarahan mengikut kepercayan Yunani.

Lepastu pula, dahla mood tak baik. Dditambah pula perut berkeroncong keluarkan amaran.

Bagi warning Do Not Disturb.

Wujudnya satu perasaan baru. Hunger campur angry jadi hangry.

Bagi yang pernah alaminya, sangat perit.

Dia mari sakit kepala macam benda tajam menusuk tempurung kepala.

Perut dengan jayanya keluarkan bunyi orkestra.

Sehingga orang di sekeliling boleh dengar. Bergema bunyi alunan keroncong.

Jika dibiarkan lebih lama, segala benda depan mata mungkin akan digigit, dikunyah dan ditelan.

Kalau perempuan, orang cakap bila perut kenyang jadi Barbie dolls.

Time lapar, bertukar jadi Annabelle.

Kalau lelaki, time kenyang jadi Ken dolls. Time lapar jadi Chucky lah kot.

Satu perumpamaan yang agak menarik.

Kerana tak kira jantina, kanak-kanak mahupun dewasa.

Ada sebab tertentu kenapa kita mudah emosional, mudah naik angin ketika lapar.

Melalui 3 kajian dalam jurnal American Psychological Association (2018),

Lapar berkonsepkan emosi di mana kelaparan itu sendiri timbulkan perasaan negatif yang tidak menyenangkan.

1. ‘Kejatuhan’ tahap gula dalam darah

Ramai yang ingat hangry ni berlaku disebabkan faktor luaran.

Seperti keletihan, stres atau tidak cukup tidur.

Tapi!

Faktor sebenar adalah kerana terjadinya reaksi biokimia dalam otak.

Disebabkan gula dalam darah rendah

Seorang ahli gastroenterologi iaitu Dr. Christina Lee menyatakan,

Apabila anda tidak makan untuk seketika, tahap glukosa dalam darah akan berkurangan.

Jelasnya lagi,

Bila gula dalam darah menjadi terlalu rendah, ia menggalakkan hormon cortisol (hormon stres) dan adrenaline (hormon fight-or-flight).

Hormon ni dilepaskan ke dalam saluran darah.

Dengan tujuan tunggang terbalikkan keseimbangan gula.

Pembebasan cortisol boleh buat diri jadi agresif. Jadi raksasa beremosi.

Bagi mereka yang memang hadapi kesukaran untuk kawal kemarahan.

Lagi senang nak jadi hangry.

Berbanding mereka yang jenis relaks dan chill.

Semakin rendah tahap gula, semakin menjadi-jadi hangry.

Sudah jadi mekanisme pertahanan badan untuk inform bahawasanya ia perlukan makanan.

Lumrah alam.

DAH DAPATKAN EXTRA VIRGIN OLIVE OIL KELUARAN NEUROVERSITI X SIHATE?

DAPATKAN SEGERA

2. Neuropeptide Y turut ‘beraksi’

Bila perut lapar, ia akan bagi signal mengerang atau mungkin alami sakit kepala dan tak boleh fokus.

Badan tiba-tiba lemah longlai. Nak bercakap pun tak mampu.

Segelintir orang mampu bertahan berjam-jam sebelum waktu makan tanpa berasa lapar.

Tapi, bukan semua.

Ada yang memang tak boleh kawal sehingga boleh undang kemudaratan seperti ingin pengsan.

Bila kadar nutrien menurun dan badan jadi lapar.

Otak akan lepaskan bahan kimia bernama Neuropeptide Y (NPY).

Kategori peptida orexigenik paling ajaib yang ada dalam otak kita.

Tempat tinggalnya di cortex, hippocampus, otak belakang dan hypothalamus.

Ia rangsang pengambilan makanan.

Target utamanya iaitu karbohidrat. Yang lain tidak terkecuali.

Bantu wujudkan rasa lapar apabila badan bagi signal nakkan lebih banyak makanan.

Ia juga penyebab kita bertindak hostile.

Kawan tanya, kita jawab macam gaduh. Ni lah pesalahnya.

Perasan tak time lapar tu mesti rasa macam nak makan benda manis? 

Mengidam pastri, biskut, coklat atau gula-gula. Kena juga makan.

Lepas makan, tahap gula meningkat dengan mendadak. Tapi buat sementara waktu saja.

Akhirnya, kita kena makan makanan lengkap untuk atasi kelaparan.

Betul tak?

3. Efek kombinasi hungry + angry = hangry

Otak ni merupakan salah satu organ yang paling banyak memakan glukosa.

Jadi, bekalan kena berterusan.

Bila turunnya tahap gula dalam darah.

Otak akan anggap situasi ini sebagai mengancam nyawa jadi terus call to action.

Terus rangsang tindak balas tekanan.

Siren dibunyikan. Terjadinya perasaan marah, tidak sabar dan menyampah.

Badan kita tidak tahu kita skip makan tengah hari sebab ada kerja perlu dibuat.

Atau kita makan lambat sikit.

Yang badan tahu, ia perlukan makanan.

Selain itu, ada lagi satu ejen penting yang turut turun padang.

Namanya kelenjar adrenal.

Kelenjar kecil berbentuk segi tiga yang terletak di atas kedua-dua buah pinggang.

Tugasnya untuk cuba tingkatkan tahap glukosa.

Dengan membebaskan hormon epinephrine dan cortisol.

Jadi, kena ingat ni,

Ketahui cara nak bezakan lapar sebenar dan lapar tipu.

Kalau ada yang lepas makan, masih lapar. Itu bukan signal tubuh, itu signal nafsu.

Jangan dileretkan waktu makan. Sebaik saja rasa lapar, terus makan.

Manusia dilengkapi otak yang mempunyai mekanisme distress.

Atau dalam konteks ini, rasa marah yang timbul.

APA MAKSUD DISTRESS? BACA DI SINI 

Ini lah cara tubuh kita beri isyarat untuk kita segera isi minyak tubuh.

Jika masa ni kita abaikan hak tubuh, maka tubuh akan mula memberontak.

Jadi monster berkudap.

Pastinya tiada kata-kata atau manusia dapat menghalang craving luarbiasa pada saat itu.

Boleh hadam?

.

.

.

P/S:

Nak kenalpasti bahagian OTAK yang mungkin BERMASALAH?

Ketahuinya dengan menjawab KUIZ ini

 

#DrRizal

 

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top