Apa Yang Berlaku Pada Otak Ketika Cemas?

14 April 2016. Cerita Pagi.

Cerita pagi biasa asalnya. Lepas berjemaah subuh bersiap untuk keluar.

5:50 sudah di jalanraya. Menitip anak-anak ke sekolah. Guna laluan biasa.

Kenderaan tidak banyak. Jalan lengang. Pemanduan seperti biasa.

Sepanjang perjalanan dari Kuching ke Kota Samarahan bertemankan Radio IKIM.

Memasuki Kota Samarahan kenderaan mula mengeluarkan bunyi.

Seolah angin berdesing. Laluan Samarahan-Kuching Expressway ini lurus walau banyak bulatan lebih besar dari padang bolasepak.

Bunyi semakin jelas.

Sewaktu kenderaanku memanjat jambatan Sungai Sarawak bunyi semakin kuat.

Kulihat jam di panel dashboard. Jam baru 6:18 pagi. Ketika ingin meluncur turun kedengaran bunyi letupan.

POM! Kuat. Ku terkejut.

Menggegarkan kenderaanku.

Sepantas itu juga kenderaanku menjadi terhoyong hayang.

Stereng kenderaan ku genggam sekuat mungkin.

Kenderaan mula bergerak ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah degil tidak mematuhi arahan.

Stereng terus ku genggam kuat. Kenderaan mula menyenget ke sebelah kanan.

Aku tidak menekan brek. Boleh memburukkan keadaan fikirku.

Kereta akan memusing-musing andai pedal brek disentuh kemas.

Semakin kencang degupan jantung. Tangan masih erat menggenggam stereng.

Ku kenakan sedikit tekanan ke sebelah kiri. Untuk mudah berhenti. Mujur tiada kenderaan berdekatan.

Dengan izin Allah kenderaan ku rapatkan ke kiri bahu jalan. Ku kenakan sedikit brek.

Sedikit demi sedikit.

Mujur ilmu mengendali kenderaan “Hazard Driving” dapat digunakan.

Ilmu ini wajib dipelajari semasa bekerja di Melbourne sebagai skil perlu staf hospital. Syukur.

Apabila kenderaan berhenti, ku julurkan kaki keluar dari kenderaan.

Dada masih berdebar. Pintu dikuak luas. Aku keluar. Bau hangit terus menerjah. Terus ku periksa apa yang berlaku.

Tayar pecah. Berlubang. Mujur tidak terkopak dari rim. Alhamdulillah.

Tiada buruk sangka. Hanya diuji diwaktu pagi. Syukur tiada mudarat. Tiada luka. Tiada sengsara.

Diuji saat mahu sibuk menyiap diri. Beraksi di pentas membantu rakan dari Fakulti Kejuruteraan.

Alhamdulillah masih sempat beraksi. Masih sempat berbakti.

Apa yang berlaku di dalam otak ketika insiden ini berlaku?

Bahagian yang menjadi aktif ialah Basal Ganglia.

Tugasnya integrasikan perasaan, pemikiran dan gerak tubuh.

Apabila gembira ada yang melompat.

Ada pula yang terketar bila risau.

Ada yang menjadi kaku apabila terkejut atau takut.

Ini kerja Basal Ganglia.

Basal Ganglia boleh dikawal. Perlu kepada skil.

Andai saya gagal mengawal Basal Ganglia pagi tadi sudah pasti kenderaan terjunam ke sungai.

Yang menunggu ialah sang buaya yang kelaparan. Atau kenderaan terbalik. Empat tayar di atas.

Bagaimana mengawal Basal Ganglia? Ada dalam OCOC online.

 

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0