Apakah Godaan Terbesar ?

Tahun 2008. Di Canberra. Sheikh Khalid Yassin baharu selesai berbicara.

Ketika Sheikh Khalid melangkah keluar, ramai menanti. Bersalam dan memeluk.

Ketika di kereta, berlaku perbualan kecil.

Lantas Sheikh Khalid bertanya “apakah godaan terbesar manusia kini?”

Ramai beri pendapat. Duit, kerjaya, dunia maya antara yang meniti di bibir penjawab.

Ada pula menjawab nafsu, tamak, mengambil hak orang.

Sheikh Khalid hanya tersenyum. Mengangguk. Katanya semua itu betul.

Pesan Sheikh Khalid,

Godaan terbesar ialah menerima sistem nilai orang berfikir sempit, negatif dan tidak bersyukur.

Pesanan beliau lagi

“Pasakkan kehidupan pada kebenaran. Jaga hubungan manusiawi.

Jaga hubungan Ilahi. Fokus pada bangunkan diri, keluarga dan kerjaya.

Semua itu perlu ilmu. Iqra’. Jangan berhenti belajar”.

Pulangnya dari pertemuan, aku banyak berfikir. Kaitkan dengan ilmu otak.

Cemburu, berfikir sempit dan negatif adalah malapetaka pada otak.

Kaitannya pada bahagian pain.

Apabila otak diimbas, bahagian Emotional pain adalah sama dengan physical pain.

Paling malang sekali ialah cemburu dan dengki.

Sakitnya tiada tepi. Seolah patah kaki berkali kali.

Anda Juga Mungkin Berminat

Kajian Dedah Rahsia Puasa Pada Otak: Otak Jadi Lebih Kuat, Risiko Depresi Turun?

Puasa Aktifkan Hormon Pecah Lemak Dalam Badan

Puasa Melahirkan Sel Otak Baru: Penemuan Saintifik Ini Buat Ramai Terdiam

Ramai Tak Sedar! Ini Kebaikan Puasa Pada Otak Yang Buat Fokus Tajam & Ingatan Makin Kuat

Migrain Semasa Puasa Makin Teruk? Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Sedar

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Scroll to Top