Bagaimana Cara Mahu Makan Sikit?

 

NOTA NEUROMARKETING 5 – Bagaimana Cara Mahu Makan Sikit?

Anda pernah tanya kenapa hotel gunakan pinggan besar. Gunakan pinggan putih dan berat. Sudu juga berat berkilat.

Atau pernah anda terfikir adakah warna pinggan pengaruhi selera makan?

Kalau mahu beri anak makan ikan, warna apa yang akan pengaruhi tabiat makan ikan?

Atau kalau mahu makan sikit, adakah warna pinggan dapat pengaruhi? Sekiranya ya, warna apakah agaknya?

Ini adalah antara soalan yang bermain difikiran pengkaji dari Oxford University. Kajian mereka dimuatkan dalam jurnal saintifik Appetite.

Ringkasnya dalam kajian itu mereka dapati apabila makanan dihidang dalam pinggan berwarna merah, orang secara otomatik akan ambil sikit dan tidak makan banyak. Mereka tidak rasa enak makanan yang dinikmati.

Kalau makanan yang sama dihidang di pinggan putih, makanan terasa enak. Jumlah yang diletak juga menimbun.

Soalnya kenapa warna merah putuskan selera? Sebabkan mereka ambil sedikit sahaja?

Warna merah dikaitkan dengan danger atau bahaya. Contohnya warna merah dikaitkan dengan pemadam api, tanda bahaya dan berhenti swperti di lampu isyarat.

Pengkaji dapati mod makan atau pleasure seseorang bertukar kepada mod survival. Dalam mod ini keselamatan jadi tumpuan utama.

Jangan tertukar dengan warna merah pada label, pembungkus atau branding. Itu beza. Ia undang rasa lapar.

Sekiranya sebuah restoran sediakan pinggan merah sebab trend atau branding, alamat akan bungkuslah restoran itu.

Jadi untuk restoran pilihan pinggan juga akan pengaruhi persepsi mahal, sedap atau berbaloi makanan.

Bagaimana pula mahu jadikan hidangan ikan melonjak tinggi? Pernah ke kedai ikan bakar? Pernah lihat pinggannya bagaimana?

Kalau kita mahu anak makan ikan, mahu ikan bakar dijual mahal, guna pinggan berwarna biru. Ikan yang diletak di dalam pinggan berwarna biru akan dianggap lebih fresh berbanding di dalam pinggan lain.

Cuba lihat, penjual ikan letak ikan dalam belas apa?

Inilah sebab pentingnya neuromarketing. Melihat ke dalam dunia dalaman manusia. Masuk terus ke sistem biologi dan otak. Bukan lagi persepsi.

Neuromarketing is the future. Sebut Hello Future. We are here now.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Badan Selalu Letih, Mudah Sakit? Ini 6 Jenis Vitamin Dan Fungsinya Untuk Tubuh

Ramai Makan Pisang Setiap Hari, Tapi Tak Ramai Tahu Waktu Paling Sesuai Makan Pisang

You Are What You Eat: 11 Makanan Ini Tentukan Sama Ada Tubuh Sihat Atau Selalu Letih

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Scroll to Top