Anak & Gajet: Bahagian Otak Mana Yang Terganggu?

Balik di kampung mengujakan. Apatah lagi ianya jarang dilakukan.

Lebih-lebih lagi apabila perjalanannya jauh.

Di kampung ada pelbagai cerita. Ada rencam yang tersendiri. Susuk tubuh manusia dengan bermacam cerita.

Orang kampung juga disapa kemodenan. Gajet sentiasa di tangan. Begitu juga dengan remote tv.

Dulu orang tua hanya berbekalkan telefon bimbit Nokia.

Tujuannya mudah. Hanya sekadar membuat dan menyambut panggilan.

Namun itu dulu. Golongan veteran kampung pun sudah ada grup whatsapps sendiri.

Ini dianggap kemajuan bak kata Haji Sudin.

Petang tadi berbual dengan dengan anak buah sebelah isteri. Nini namanya.

Nini baharu berumur 5 tahun. Cakap masih pelat.

Baharu masuk tadika. Apabila disoal apa yang Nini belajar di tadika, jawabnya menyanyi.

Nini pun mula menyanyikan lagu Sudirman – Tanggal 31.

Liriknya lintang pungkang. Ikut sedap. Ikut apa yang dia ingat.

Apa yang menarik pada Nini ialah mini tab. Gajet itu melekat seperti magnet di tangannya.

Hampir setiap masa gajet itu bersamanya. Tidak lekang. Apabila diambil emosinya terganggu.

Apabila berbual dengan Nini, matanya liar. Tiada eye contact. Soalan tidak dijawab habis. Mudah beralih topik.

Andai ada kenderaan lalu, pasti mata cepat beralih ke situ.

Itupun tidak lama. Meliar balik matanya.

Fokusnya hanya pada gajet. Pada games yang dia main.

Pada lagu-lagu atau cerita kartun yang dimainkan.

Saya berbual pula dengan ibu dan ayah Nini. Cuba dapatkan maklumat lanjut.

Bagaimana pelajaran Nini di tadika? Tanya saya

Mengikut ibu Nini, beliau agak ketinggalan di sekolah.

Apabila saya teliti kerja tadikanya, terlalu banyak kesalahan yang Nini lakukan.

Terlalu banyak kerja yang tidak dihabiskan.

Ketika itu teringat kajian tentang gajet dan otak di Melbourne.

Saya menjadi peserta. Menggunakan gajet dengan kepala penuh wayar. Aktiviti otak direkod.

Kajian oleh Telstra. Sebuah syarikat gergasi telekomunikasi Australia. Boleh dianggap TM di sana.

Saya hanya perlu guna gajet semahunya sepanjang lapan jam kajian.

Tiada had. Guna lima hari berturut-turut.

Hasil kajian ini sama dengan puluhan kajian tentang kesan buruk gajet ke atas otak.

Pertamanya kesanya ke atas hippocampus. Gudang memori kita di otak.

Aktiviti Hippocampus jadi kurang. Natijahnya, ingatan kita merudum.

Pelajaran pastinya menghadapi masalah. Prefrontal cortex, pusat fokus juga terganggu. Hilang daya tumpuan.

Kedua, Amygdala, pusat proses emosi juga terkena penangan.

Andai diambil gajet, emosi terus naik. Tangisan dan jeritan memingitkan telinga.

Ketiga, Ujian ke atas tahap dopamine – hormone bahagia juga mencanak naik.

Bila dopamine naik, serotonin – hormone motivasi menurun. Tiada motivasi mahu belajar.

Dopamin meningkatkan kuasa ketagihan. Makin tinggi dopamine, makin ketagih seseorang itu.

Ya bermain gajet membawa ketagihan. Pusatnya sama seperti mereka yang ketagih kepada dadah Kokain.

Tempat yang sama memberi kesan yang sama.

Lahir perasaan belas pada Nini. Kecil lagi sudah jadi penagih.

Soalnya berapa ramai anak-anak kecil seperti Nini dijadikan penagih oleh ayah ibu sendiri?

Cuba semak.

Adakah anda juga ada Nini di rumah?

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top