Bagaimana Kita Buang Masa

 

“Berapa lama Dr guna gajet macam smartphone sehari?” Soalan ini biasa menerjah ke gegendang telinga.

Saya jawab dengan cerita Kevin Holash. Mungkin tak ramai kenal Kevin Holash. Beliau adalah apps developer.

Apabila bidang kerja bangunkan apps, maka banyak masa dihabiskan dengan gajet. Suatu hari dia sedar banyak masa keluarga diabaikan sebab apps.

Keadaan ini berikan dia idea. Bangunkan apps semak tahap guna smartphone seseorang. Apps itu dinamakan MOMENT. Apps ini semak berapa kali kita guna, berapa lama dan jenis aktiviti.

 


Ia berhenti apabila kita menjawab panggilan atau sms. Aktiviti lain direkod. Maklumat yang dikutip banyak sekali.

Kajian Holesh dapati:

1. Secara purata 88% pengguna ketagih gunakan smartphone sekurang-kurangnya 4 jam sehari.

2. Sebulan kita habiskan 100 jam dari hidup kita.

3. Sepanjang hidup kita hilang dan tenggelam dalam dunia smartphone sebanyak 11 tahun.

Kesan ketagihan ini bukan sahaja terpalit pada keluarga, diri, sosial tetapi juga kepada organ penting manusia – OTAK.

Kurangkan ketagihan. Muat turun MOMENT. Semak tahap guna. Selidik tahap ketagih gajet kita.
Boleh boleh?

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top