Bagaimana Kita Meracun Otak Sendiri ?

“Eliminate sugar in your diet if you want to protect your brain.”

Ini kata keramat keluar dari Prof Fernando Gomez-Pinilla, dari University of California Los Angeles. 

Ini cerita tahun 2009.

Sesi sidang video antara UCLA dan The Australian National University (ANU), Canberra ini berlangsung 3 jam.

ANU adalah university nombor 1 ketika itu di Australia.

Aku duduk di depan. Mahu tekuni setiap ayat Prof Gomez-Pinilla. Mahu hadam.

“Ini ilmu mahal. Mesti datang awal. Book seat depan sekali,”

aku bermonolog sendirian.

Bidang kepakaran Prof Fernando Gomez-Pinilla adalah dalam Integrative Biology dan Physiology.

Punya minat mendalam dalam kajian baiki sel otak.

Hasil kajian beliau banyak mencabar fahaman konvensional tentang sistem biologi dan fisiologi manusia.

Prof Fernando Gomez-Pinilla menambah.

Gula sebabkan kita ambil 30% masa lebih lama untuk selesaikan sesuatu.

Dalam kajiannya didapati, pengambil gula ambi masa 30% lebih lama untuk keluar dari maze atau pagar sesat.

Diulang kajian. Hasil sama juga. Diulang lagi. Tiada perubahan.

Masih 30% lebih lewat berbanding dengan yang tidak mengambil gula.

Aku angkat tangan dan bertanya

“ Can we make an inference that taking sugar make us stupid by 30%?”

Berdebar aku tunggu jawapan.

Terdengar bunyi suara-suara di belakangku sedang komen barangkali.

Prof Fernando Gomez-Pinilla betulkan duduknya.

Based on the findings that I mentioned just now plus many others we can say that sugar deactivate PreFrontal Cortex (PFC) by 30%. Yes, we can say that it make us stupid.

PFC ini letaknya di belakang dahi. Dikenali sebagai CEO of the Brain.

Sistem brek manusia letaknya di sini. Keputusan dan pertimbangan diadun di sini juga.

Selesai sahaja Prof Fernando Gomez-Pinilla berbicara, makin bingit diskusi peserta sesama peserta.

Ada yang mahu tanya soalan susulan. Pengerusi hentikan.

Tunggu sehingga akhir katanya.

Pulang ke bilik aku berfikir panjang. Yang disangka nikmat racun rupanya.

Yang dianggap sedap adalah petaka.

Kesannya pada usus. Kesannya pada lain-lain organ.

Kesannya apabila diambil dan pengambilnya juga menakutkan.

Aku mula mengkaji. Banyak lagi keburukannya.

Gula boleh menyebabkan kanser. Bagaimana?

Di dalam perut ada bakteria Candida.

Ia membesar dan menjadi perkasa dengan gula. Makanan Candida adalah gula.

Lagi banyak gula atau makanan berasaskan tepung putih dan nasi putih diambil semakin membesar candida.

Semakin kuat. Semakin dekat kita dengan kanser usus.

Gula juga mengganggu metabolisme badan.

Menyebabkan kegemukan. Kurangkan gula untuk dapat nikmat kurus.

Gula juga memberi kesan kepada fungsi limpa.

Ia juga penyebab kepada otak menjadi lembab. Punca mengantuk di tengahari.

Gula menyebabkan otak mengeluarkan hormone dopamine secara berlebihan.

Terutamanya di bahagian nucleus accumbens.

Natijahnya, ketagihan kepada makanan akan memuncak.

Gula punca kepada lemah memori. Lebih banyak lupa dari ingat.

Sebabnya? Gula adalah lapan kali ganda ketagihan berbanding dadah. Bayangkan.

Jadi perlu hati-hati apabila mengambil makanan dan minuman.

Ambil dengan ilmu. Bukan sekadar mahu.

Boleh boleh ?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda Bagaimana Meningkatkan Prestasi Otak Sebanyak 35% Dalam Masa 27 minit?

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top