Bagaimana Mahu Berubah ? Guna Teknik Neural Conditioning

Pernah tak beria ria nak berubah? Tapi hangat hangat tahi ayam saja? Api semangat membara besar lepas padam tingal asap?

Kembali ke takuk lama akhirnya. Kecewa berganda. Luka hati menerpa. Menghiris dalam.

Lantas putus asa bertapak. Mahu diberi talak. Tapi putus asa terus galak. Tidak bergerak.

Soalnya KENAPA jadi begini? 

Bayangkan di belakang rumah ada belukar kecil. Tidak pernah dimasuki. Tiada jalan terbentuk.

Satu hari keputusan dibuat. Mahu melihat apa disebalik belukar. Belukar diterokai.

Kali pertama masuk, terbentuk laluan kecil. Lalang tertolak ke kiri dan ke kanan. Seolah satu laluan terbentuk.

Esoknya belukar dimasuki lagi. Guna laluan yang sama. Laluan semakin terbuka. Besar.

Lalang semakin ke tepi.

Apabila setiap hari dilalui, laluan semakin jelas. Rerumput mula mati. Tinggalkan laluan tanah.

Dari rumah laluan jelas kelihatan. Tidak seperti masa awal teroka laluan.

Dalam otak manusia juga begitu. Kita bina laluan. Setiap tindakan, kata-kata, cara fikir bentuk laluan tersendiri.

Ia dinamakan neural path. Selagi laluan ini tidak ditutupi, kita akan mudah tergelincir dan masuk ke laluan ini. Bukankah laluan sedia ada lebih mudah?

BAGAIMANA CARA atasi?

Melalui teknik Neural Conditioning. Bina lebuhraya baharu. Bertar hitam, luas dan cantik.

Laluan lama ditutup. Biarkan belukar semula. Lebuhraya baharu dibina. Umpama laluan kapal terbang berlepas dan mendarat.

Neural conditioning ni semudah choose the right word. Pilih perkataan yang ada. Dari perkataan betul akan lahir fikiran yang betul. Lepas tu baharu muncul tindakan yang betul.

Bila ketiga tiga ini diulang ulang, baharu jadi macam laluan belukar dibelakang rumah. Asalnya hanya boleh berjalan. Lepas tu dah boleh bermotor. Kemudian dah jadi laluan kereta.

Watch your words. Perkataan pada sang otak adalah arahan. Apabila arahan diterima, otak jalankan saja. Buruk baik dia tak kira. “Hamba menurut perintah tuan” itu katanya.

Sekali lagi watch your words. Choose the right one!

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top