Bagaimana Mahu Selamat Dari Mercury Pada Ikan

Dengar sahaja tentang ikan panggang pasti kecur air liur. Di tambah pula aroma ketika ikan dipanggang. Warna merah sambal dan air asam membuka luas selera.

Makan ikan bagus. Sumber protein. Kaya dengan Omega 3. Sangat bagus untuk otak.

Semalam berbuka dengan ikan bakar. Ada teman hubungi. “Asyik makan ikan sahaja. Bahaya ada mercury,” begitu nadanya.

Sedikit tegas. Sedikit menduga. Mungkin juga ingin tahu.

Teman ini orang sains. Belajar selok belok hidupan air. Kerjanya banyak di lab.

Jawab saya, “Betul. Perlu hati-hati. Sebab itu perlu masukkan daun ketumbar.”

“Pesal pula daun ketumbar,” nadanya seakan tidak puashati.

“Daun ketumbar ini power untuk detoks. Boleh buang toksid seperti mercury dan plumbum dari ikan yang dimakan.” jawab saya.


“Oh ye ke? Tak pernah dengar pun,” bunyi suaranya bertambah curiga.

“Hehehe, boleh semak dalam jurnal saintifik Nutritional Neuroscience. Banyak maklumat. Tu pun kalau rajinlah.” jawab saya sedikit sedikit menduga.

“Hmmm, cer citer kenapa ketumbar boleh fight mercury?”

“Dalam ketumbar ada minyak. Kandungan minyak inilah yang luar biasa. You pun dengar tentang carvone, geraniol, limonene dan borneol. Semuamya dalam ketumbar.”

“Oh ye ke,” andanya seoalah mengiyakan.

“Tu belum masuk bab flavanoids, quercetin yang bagus untuk otak.” 

“Oklah. I faham. Jadi kena ambillah ye,” katanya beralah akhirnya.

“Ya tidak syak lagi. Kalau nak sihat ler. Tak nak tak pe,” kata saya dengan senyum sinis.

“Oklah. I ambil. Anyway thank you.”

“Sama-sama bos,” jawab saya mengakhiri perbualan.

Anda Juga Mungkin Berminat

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

7 Risiko Bahaya Insomnia (Sukar Tidur Malam)

Ketahui 11 Kelebihan Luarbiasa Air Zam Zam!

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

Scroll to Top
0