Bagaimana Manusia Buat Pilihan Berkaitan Makanan

 

Soalan ini mengujakan. Bagaimana manusia buat pilihan berkaitan makanan? Saya sentiasa tertanya tanya.

Mungkin ramai juga mahukan jawapan.

Tahun 1895. C Peterson berikan satu syarahan. Tajuk syarahan The Margerine Question. Beliau bersyarah di mesyuarat agung the Association of German Dairy Industry.

Dalam syarahan itu beliau sebut tentang warna margerine. Warna kuning-oren yang diguna adalah dari warna sintetik beta-carotene. Bukan warna asli.

Asal margerine berwarna putih. Tetapi diwarna seumpama warna mentega. Kenapa soal beliau. Sebab warna itu akan pengaruhi tanggapan pengguna bahawa margerine dan butter adalah sama.

Menariknya, walaupun rasa margerine lebih oily atau berminyak, Peterson dapati orang anggap rasanya berlemak seperti butter apabila warnanya ditukar.

Jadi apa yang pengaruhi pilihan makanan dan rasa?

Sebelum saya berikan jawapan, mari teliti apa yang berlaku pada coca cola dan pepsi.

Pada tahun 1993, coca cola lakukan advertising disaster. Coca Cola keluarkan sugar free, air cola jernih bernama Tab Clear di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Air cola ini bukan berwarna hitam kopi seperti yang biasa dilihat. Apa yang berlaku? Walaupun jenamanya sama, pengguna tidak anggap ianya air cola biasa. Rasanya juga, menurut pengguna jauh dari rasa sebenar cola. Projek Tab Clear gagal.

Lebih malang kepada Pepsi. Mereka tidak teliti apa yang berlaku pada coca cola. Pada tahun 1994, mereka juga keluarkan pepsi cola berwarna putih jernih. Ia diberi nama Crystal Pepsi. Seperti Tab Clear, Crystal Pepsi bungkus akhirnya.

Kembali kepada soalan di atas, manusia memilih atas faktor apa?

Jawapannya ialah pilihan makanan dan rasa dipengaruhi oleh visual. Deria penglihatan mainkan peranan besar dalam hal ini.

Atas faktor ini, makanan di hotel kelihatan sedap dan mahal. Bangkitkan rasa ingin cuba.

Kathryn Ohla, seorang ahli psikologi dari German Institute of Human Nutrition (oh ya ahli psikologi juga belajar tentang nutrisi) beri pandangan. Menurut beliau, rasa makanan dipengaruhi oleh deria penglihatan terlebih dahulu.

Lidah atau deria rasa hanya beri konfirmasi rasa pada kemudiannya. Manusia terliur hanya dengan melihat visual makanan, tanpa bau, rasa atau sentuhan.

Ada satu kajian menarik tentang hal ini. Dilakukan pada tahun 1939. Kajian lama tetapi relevan dalam konteks perbincangan ini. Seorang ahli psikologi Karl Duncker kaji tentang coklat putih dan coklat koko biasa. Pada waktu itu, coklat putih bakal diperkenalkan.

Dr Duncker bahagikan peserta kepada dua kumpulan. Satu kumpulan ditunjukkan coklat putih dan diberi coklat putih untuk dirasa. Mereka kemudian diminta untuk ulas rasa coklat putih.

Peserta dari kumpulan berpendapat coklat putih tidak sedap, tidak rasa seperti coklat dan tawar.

Kumpulan kedua pula diberi rasa coklat putih tanpa boleh melihat. Jadi mereka merasa dalam keadaan mata ditutup. Selepas itu mereka diminta beri penilaian.

Peserta kumpulan ini berpendapat coklat yang dimakan sedap, rasa coklatnya dan manis seperti coklat biasa. (Sedap macam coco OCOC kot)

Dapatan kajian ini menarik. Ia buktikan betapa visual manusia pengaruhi rasa sebelum ianya dirasa.

Apa yang dapat dipelajari dari tulisan ini? Manusia memilih kerana faktor visual. Berlaku dalam subconscious mind. Tanpa disedari.

Apabila ke kedai makan, cafetaria, hotel contohnya, pastikan kita rancang apa yang mahu dimakan terlebih dahulu. Bukan masuk, lihat dan buat keputusan. Kalau masuk, lihat dan buat keputusan, keputusan kita akan dipengaruhi oleh visual makanan bukan nilai dan nutrisinya.

Jadilah pengguna yang bijak.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top