in

3 Makanan Untuk Stabilkan Emosi

Hidup ini beralun. Terambung dan melambung.

Lumrah ini adakalanya mencengkam. Pengaruhi mood. Umpama yo-yo jadinya.

Cara MUDAH stabilkan mood ialah dengan tingkatkan hormon serotonin. Hormon penting di dalam OTAK pertama dan OTAK kedua – perut.

Serotonin penting untuk memori. Selera makan dan sakit juga dipengaruhi serotonin. Apabila suhu badan meningkat serotonin juga berperanan.

Untuk tingkatkan serotonin perlu naikkan typtrophan. Satu lagi hormon. Ia seperti kopi dan air.

Apabila bercantum keduanya baharulah terbit aroma dan diberi nama air kopi. Segar apabila dinikmati.

Typtophan terdapat dalam bahan-bahan ini:

1. Telur

2. Keju

3. Nenas – bagus untuk redakan batuk juga.

Apabila stress di tempat kerja, sebelum pulang apa kata ambil sepotong nenas atau sekeping keju atau sebiji telur.

Mood jadi stabil. Pulang ke rumah dengan senyuman. Pasti mengundang bahagia berpanjangan.

Indahnya apabila tahu ilmu OTAK ini. Apakata sama sama kita SHARE TAG KOMEN dan LIKE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sukar Ingat Nama Orang?

Bila Waktu Sesuai Untuk Makan Buah