jus buah_neuro

9 Sebab Bahaya Minum Jus Buah

Power jus buah ni. Minuman kegemaran ramai.

Rasanya menyegarkan dan enak diminum semasa musim panas.

Dianggap sihat oleh ramai orang.

Namun, tidak ramai yang sedar bahawa jus buah mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Menakutkan lagi terdapat beberapa jus yang mungkin mengandungi gula dan kalori yang hampir dengan minuman ringan biasa.

Seperti air berkarbonat.

Kadar vitamin dan antioksidan dalam jus tidak dapat menampung kandungan gula yang tinggi dalam minuman.

1. Mengandungi Fruktosa Yang Tinggi

fruktosa_neuro

Fruktosa adalah sejenis gula.

500 ml jus buah mengandungi kandungan gula yang lebih banyak daripada apa yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Gula hanya diperlukan iaitu 30 gram untuk lelaki, dan 24 gram untuk perempuan.

Jika terlebih, maka padah akan dapat.

Boleh undang pelbagai penyakit.

2. Sama Macam Makan Gula

eating sugar-neuro
Tahukah Tuan/Cikpuan, jus buah-buahan sebenarnya mengandungi gula dan kalori yang sangat tinggi.


Sama macam makan gula.

Kandungan gulanya hampir sama dengan minuman berkarbonat.

Ibarat kita menelan hampir 7 sudu gula.

Sebagai contoh, satu gelas jus oren iaitu lebih kurang 250 ml tanpa gula tambahan biasanya mengandungi 100 kalori.

Berbanding hanya 60 kalori dalam buah oren. Kalori ini akan lebih tinggi jika jus ditambah dengan kandungan gula.

3. Risiko Terkena Diabetes

Diabetes_neuro

Kajian yang dijalankan pada tahun 2013 ada menyatakan bahawa, pengambilan jus buah setiap minggu telah dikaitkan dengan 8% peningkatan risiko untuk mendapat diabetes.

Walaupun mengambil dengan kadar yang sedikit, jus buah boleh dianggap selamat untuk orang yang sihat dan aktif.

Jika diambil secara berlebihan ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang yang gemuk atau mempunyai penyakit metabolik lain seperti diabetes.

Kerana paras gula yang tinggi dalam jus buah boleh menyebabkan ia lebih teruk terkena penyakit.

4. Berat Badan Naik Mendadak

Kepelbagaian makanan dan minuman yang diambil dalam diet seharian boleh memberi kesan terhadap kelaparan.

Apabila anda makan makanan pejal, otak anda bertindak balas dengan menyebabkan rasa kenyang.

Namun, menurut kajian, apabila anda minum minuman cair seperti jus buah, ia tidak menyebabkan rasa kenyang.

Akibatnya, walaupun jus buah anda sudah tinggi kalori, anda tidak akan berasa kenyang seperti makan makanan pejal.

Ini boleh menyebabkan anda akhirnya minum lebih banyak atau snek pada makanan lain.

Sudah tentu hasilnya adalah anda akan menerima lebih banyak pengambilan kalori.

Penambahan berat badan akan naik mendadak.

5. Kurang Serat

Apabila anda memerah buah untuk membuat jus, nutrien yang terdapat dalam buah akan hilang.


Segala nutrien seperti vitamin A,  C dan fiber akan hilang serta merta.

Jadi, kita tidak dapat khasiat daripada buahan tersebut.

Sekaligus serat yang terdapat dalam buahan tersebut akan hilang. Sebenarnya serat diperlukan supaya kita kenyang.

Tanpa serat, anda mungkin mengalami masalah pencernaan. 

6. Cepat Rasa Lapar

hungry_ neuro

Kenapa minum jus buah sebenarnya membuatkan kita lapar?

Pertama, kerana kita tidak mengunyah apa-apa kerana segala-galanya dalam bentuk cecair.

Otak kita tidak berasa seperti mereka memakan sesuatu. Akibatnya, perut kita berasa lapar sepanjang masa.

Selain itu, buah-buahan juga tinggi kandungan gula.

Apabila ia memasuki saluran darah, gula daripada buah-buahan akan meningkatkan gula darah kita, jadi kita boleh berasa lapar sepanjang masa.

7. Risiko Keracunan Makanan

mikroorganisma_neuro

Tahukah anda, buah-buahan dan sayur-sayuran mentah mengandungi mikroorganisma di dalamnya.

Sebagai contoh E. coli, salmonella, dan pelbagai mikroorganisma lain mungkin terdapat dalam buah yang anda ingin membuatnya sebagai jus. 

Tanpa pensterilan haba yang baik, mikroorganisma ini boleh menyebabkan keracunan makanan atau gastroenteritis.

Tiada jaminan bahawa anda akan selamat daripada bakteria ini.

Jadi, mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah atau penghidap pesakit kanser dinasihatkan untuk tidak minum jus mentah.

8. Kehilangan Nutrien Pada Buah

fruit nutrien_ neuro

Jus mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan yang mencukupi tetapi kekurangan serat yang diperlukan oleh badan kita.

Sebagai contoh, jus oren mempunyai vitamin C, vitamin B1, vitamin B9, kalium, dan antioksidan yang boleh melancarkan antioksidan dalam darah.

Pun begitu, jus oren juga mengandungi kandungan gula dan kalori yang tinggi jika dibandingkan dengan makanan atau minuman lain seperti sayur-sayuran atau daging segar.

Ini menunjukkan pengambilan jus buah-buahan tidak mempunyai kandungan nutrien yang mencukupi berbanding makanan dan minuman lain.

9. Ganggu Sistem Pencernaan

digestion_neuro

Perasan tak, apabila kita makan buah yang tidak berjus, ia memerlukan usaha untuk mengunyah dan menelan buah tersebut.

Kandungan gula dalam buah juga mengikat struktur serat yang akan terurai apabila dicerna secara perlahan dalam saluran penghadaman.

Atas sebab-sebab ini, kandungan gula dalam buah akan diserap ke dalam hati dalam jumlah yang tidak terlalu banyak dan boleh dihadam oleh hati dengan baik.

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top