Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Petang nanti mohon hati hati sikit masa tabur garam.

Terutama bila masuk bulan puasa ni.

Maklumlah tak boleh nak rasa. Main campak dan agak agak ikut pengalaman.

Betul tak?

Bukan garam je, tapi MSG pun sama.

BACA APA BEZA GARAM DENGAN MSG?

 

Terlebih campak nanti niat hati nak kurus dan langsing tinggal kenangan sahaja.

Ada kajian keluar Mei 2017 di Journal of Clinical Investigation.

Kajian dapati, makanan masin naikkan selera makan. Kita jadi pelahap.

Sepinggan jadi dua. Lauk jadi double.

Perasan tak kenapa ayam, fries dan yang sama waktu dengannya masin.

Inilah sebabnya. Nak bagi kita makan lebih.

Bila makan lebih kita membesar sebagai johan. Menjadi jalur lebar.

Ingatkan bila puasa boleh lah turunkan dua tiga kilo.

Bila tengok di cermin ada benjolan kat kiri kanan.

Ala ala limpahan muffin. Baju pula makin sendat. 

Sakitnya tu di mana? Cuba tunjuk.

Apa tanda tubuh kita terlebih jumlah garam?

Bengkak pada sendi. Kerap dahaga dan sakit kepala.

Ngilu pada tulang. Kekejangan otot. Dan sukar tumpukan perhatian.

Bukan itu sahaja bahayanya ambil makanan masin.

Makanan masin dikaitkan dengan masalah ginjal, jantung, darah tinggi.

Bulan puasa ini berdamai dengan rasa. Kurangkan masin sikit.

Pilih alternatif garam yang lebih sihat dengan nutrisi lebih tinggi antaranya.

Celtic salt, Himalayan salt atau kosher salt.

Kalau saya guna serbuk Ni Lagi Sedap sebagai pengganti MSG

Deme ni tak perlu letak banyak, cukup secubit saja.

Tidaklah makanan jadi terlebih masin atau terkurang garam.

Sedang elok jer rasanya.

Nak tahu apa jadi bila kurangkan garam dalam makanan?

BACA ARTIKEL PENUH

Anda Juga Mungkin Berminat

Probiotik: Bakteria Baik Yang Jaga Usus & Kuatkan Imun Anda Dari Dalam

Mata Pejam, Tapi Otak Masih Berjaga? Ini Puncanya Sebenarnya.

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Scroll to Top