Steve Job nama besar.
Nama yang sinonim dengan produk Apple.
Dia dikagumi, digeruni dan dicemburui.
Steve Job memberi definisi baharu pada dunia inovasi.
Majalah Forbes gelarkan beliau ‘the best reframer’. Diangkat sebagai pemikir industri yang hebat.
Soalnya bagaimana Steve Job berfikir?
Saya amati ceritanya. Halusi temubual Job.
Rupanya Job mahir dan mampu tukarkan mod fikirnya. Dari executive mode ke default mode.
Apabila kita fokus kepada tugasan atau fokus kepada sasaran kita berada pada Executive mode.
Ini mode yang CEO selalu ada. Hebat mod ini.
Malangnya lonjakan besar mencipta letupan tarikan tidak kan berlaku.
Default mode adalah mode bebas. Mode genius.
Otak seolah berada pada posisi brainstorming. Penyelesaian kreatif datang dari mod ini.
Soalnya lagi bagaimana Steve dapat tukar dari executive mode ke default mode sedangkan dia seorang CEO?
Caranya ialah dengan berjalan.
Hasil kajian Stanford University, berjalan kaki tingkatkan output kreativiti sebanyak 60%. Itu jumlah yang sangat besar.
Itulah juga yang dilakukan oleh Steve Job.
Dia suka berjalan. Berjalan untuk mencari idea. Mesyuarat dan berbincang semasa berjalan.
Beliau adalah contoh pengamal NeuroLeadership.
Amalan yang simple. Impak yang besar.
Semasa saya di Motorola sekitar tahun 90an, tidak pernah mesyuarat dalam keadaan duduk.
Sentiasa berdiri. Pendekatan ialah Management by Walking atau MBW.
Waktu itu saya bertugas sebagai Line Manager.
Duduk hanya ketika mula tugas dan di akhir waktu.
Itu sekadar membaca dan menghantar report.
Penulis autobiografi Steve Job, Walter Isaacson ketika ditanya sahkan bahawa Steve Job selalu menjemput beliau ‘for a walk’ di sekitar kawasan rumah beliau.
Steve Job sendiri akui, ideanya diperolehi semasa berjalan.
Soalnya sekarang, apa tindakan kita?
Apa perubahan yang mahu kita lakukan.
Masih pada executive mode atau default mode?