Bersyukur Dan Otak

Pertamanya ucapkan Alhamdulillah.

Bersyukur bukan sekadar lisan. Bersyukur juga bukan sekadar tempelan.

Bersyukur ada 3 kesan utama.

  • Bersyukur menyihatkan badan.
  • Bersyukur mengundang bahagia kepada pengamalnya.
  • Bersyukur menyenyakkan tidur.

Dalam siri intervensi saya dengan klien yang mengalami kemurungan, intervensi syukur berkesan.

Dalam congakan lebih dari 43 klien mendapat manfaat dengan intervensi ini.

Caranya?

Tanya seorang rakan kaunselor.

Menulis hanya 3 perkara yang kita syukurkan setiap hari selama 21 hari berturut-turut mampu meninggikan tahap optimis kita.

Menariknya ianya kekal selama 6 bulan.

Itu mengikut kajian.

Kenapa berkesan tanya rakan kaunselor yang lain? Sifirnya mudah.

Bersyukur menyebabkan otak merembeskan dopamine, bahan kimia otak yang membuatkan kita rasa bahagia.

Bersyukur mengaktifkan dua bahagian otak.

Ianya terlibat memproses emosi, hubungan interpersonal, kepuasan dalam interaksi social, rewarding social interactions, pertimbangan moral, dan kemampuan memahami keadaan mental seseorang.

Iaitu anterior cingulate cortex (ACC) & the medial prefrontal cortex (mPFC).

Sebelum tidur malam ini fikirkan sejenak.

Apa yang boleh kita syukurkan pada hari atau malam ini.

Katakan Alhamdulillah.

Boleh boleh ?

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Sebab Mengejutkan Kenapa Anda Perlu Elak Minuman Berkafein Semasa Puasa

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Scroll to Top