Apasal Tak Boleh Berubah

“Niat di hati nak berubah. Banyak program dah pergi. Asal orang kata bagus pasti aku sampai,” keluh Ramzan.

“Isteri pun suka bila aku sebut kena berubah. Nampak muka dia bercahaya sekejap. Mungkin hati dia berbunga-bunga tanda gembira.” Tambah Ramzan lagi.

“Bila aku dengar sebut Abang pergilah. Lia sokong 100% semangatku lagi membara.”

“Tapi bila balik perubahan sekejap jer. Orang kata hangat-hangat tahi ayam. Dua hari paling lama bertahan.”

“Lepas tu aku buat balik perangai hodoh aku. Rigid. Asyik pandang benda negatif. Terperangkap dengan benda negatif,” keluh Ramzan lagi.

Matanya dilontarkan ke luar jendela. Ada butir kecil jernih terbit di hujung matanya. Dadanya berombak. Sesekali dia dilihat menggeleng-geleng kepala.

Terdengar bisikan kecilnya “Apasal aku tak boleh berubah?”

Kisah Ramzan bukan kisah terpencil. Kisah ramai orang. Kita pernah dengar dan lihat.

Mungkin juga kisah sendiri. Mungkin ada yang tertanya tanya apa puncanya.

Apabila kita mahu berubah tetapi gagal itu tandanya ada isu pada ANTERIOR CINGULATE GYRUS. Apabila ACG ini terlalu aktif kita undang kisah Ramzan dalam hidup kita.

Kita jadi rigid. Tidak fleksibel. Terperangkap dalam perkara dan fikiran negatif.

Cara atasi? Mudah sahaja. Ambil makanan karbo kompleks. Boleh selesai.

Cara lain? Pelajari ilmu otak.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

Scroll to Top
0