Betulke Semua Perkara Ada Kaitan Dengan Otak?

Dua hari lepas kena serbu. Dikerumun pelajar.

Mereka berpakat tanya sepuluh soalan.

Saya akan ‘dilepaskan’ apabila semua soalan dijawab.

Saya katakan saya ada program yang perlu dihadiri. Namun pelajar-pelajar ini masih ‘memaksa’.

Saya katakan saya jawab tiga soalan dulu.

Yang lain kita bertemu di episod akan datang. Mereka setuju.

Soalan 1:

Kenapa ada orang tingkahlaku sosialnya buruk? Bahagian otak mana yang memberi angkara?

Jawab: Prefrontal Cortex. Letaknya di belakang dahi.

Apabila bahagian ini tidak jaga, perangai memburuk dan membusuk.

Soalan 2:

Ada orang dapat belajar dari kesilapan lalu. Hidup dibetulkan.

Ada juga tidak dapat belajar dari kesilapan lalu. Di mana puncanya?

Jawab: Puncanya juga di Prefrontal Cortex.

Bahagian ini baik, maka kita tidak ulangi kesalahan.

Apabila kesalahan diulang-ulang, baikilah bahagian ini.

Cakap atau leteran tidak membantu. Itu software. Baiki software. Noktah.

Soalan 3:

Susah untuk saya merancang dan mulakan.

Idea ada. Macam-macam ada. Buatnya tidak. Kenapa?

Jawab: Sama juga. Bahagian Prefrontal Cortex beri angkara.

Sel otak tidak bersambung. Lubang sana lubang sini.

Apabila kita mahu cakap serupa bikin, baiki PFC kita. Cakap akan dapat dibikin.

Maaf sudah lambat. Saya harus beredar. Nanti-nanti sambung lagi.

Mahu otak cantik, baiki PFC. Mahu proses otak menjadi super, baiki PFC.

Mahu bahagia, baiki PFC.

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top