Bicara Otak

Hari ini hari akhir kami ‘dikuarantinkan’ selama 3 hari dua malam untuk menghasilkan karya saintifik untuk komuniti sejagat.

Usai sahaja program, aku disapa oleh rakan. Soalannya mudah dan ringkas.

“Rizal you are quite person. You don’t talk much. But you talk you seems to talk a lot about brain? You seem excited about brain. Why brain?”

Tersentak sekejap dengan kenyataan dan soalan yang tidak terjangka. Jawapanku mudah. Ku katakan, “Cuba bayangkan perkara yang saya akan sebut ini sebentar.”

“Apa yang kita alami, kita alaminya melalui otak kita. Tiada sesuatu pun yang kita lihat, dengar, rasa atau fikir berlaku tanpa melalui otak. “

“Setiap momen dalam hidup kita, setiap harapan yang kita pasakkan, setiap memori yang berlegar dalam kotak fikir, setiap kasih yang hadir atau benci yang hampir, menang atau kalah, setiap yang terzahir, bau atau rasa semuanya akan melalui proses di dalam otak kita.”

Aku berhenti sebentar untuk melihat reaksi dan kemampuannya menghadam apa yang ku lontarkan. Kelihatannya tertarik dan tertunggu-tunggu bait kata ku yang seterusnya.

Aku sambung lagi.

“Apabila kita betul-betul faham betapa kritikal otak kita memproses segala apa yang berlaku, segala apa yang kita lakukan, kita sepatutnya secara alamiahnya mahukan otak yang paling sihat dan otak yang berada pada tahap terbaik pada setiap masa.”

“Setiap dari kita perlu mengambil tanggungjawab penuh atas kesihatan otak kita,” sambungku lagi.

Terasa macam satu syarahan perdana pula kerana rakan-rakan yang hanya dari jauh memerhati mula menghampiri.

Seorang rakan lain mencelah. “Ok Rizal. Jadi macam mana nak jaga otak kita. Kalau diluar boleh tempek bedak, tapi ini di dalam. Tak nampak pulak tu. So how?”

Jawabku ringkas dan padat.

Pertama: Jauhkan diri dari suasana toksid. Menghidu bau marker pen atau asap kereta mengundang nestapa pada suhu kesihatan otak kita.

Kedua: jauhkan diri dari hubungan toksid. Hubungan berasaskan benci dan iri hati tidak mampu menghasilkan otak yang berkualiti.

Ketiga: Apa yang kita makan, kenapa kita makan dan jumlah yang kita makan ada kesan langsung pada otak kita. Terutamanya pada bahagian yang mengurus cara fikir, memori dan emosi kita.


Rakan pertama tadi menyampuk. “Rizal, you should talk about this brain thingy to the faculty’s members. Everyone should know”.

Balasku, “Sure. Set the time and place. I’ll come and share.”

Teringat kata guru Dato Roslan Ab Hamid. “Perlu berlatih. Jangan Menyisih. Jadikan apa-apa pentas tempat merealisasikan apa yang diraih di Langkawi.”

Terdengar di ruang maya, peluang memahir diri di pentas pengucapan umum sedang dibuka. Gelanggang di Langkawi ini berbisa. Bukan kelas biasa.

Kelasnya berbentuk belajar dan buat. Experiential learning kata orang putih. Di dalam dewan dan di luar dewan. Latihannya di tengah orang ramai atau sesama sendiri. Pendek kata pelbagai.

Ku sudah melaluinya. Anda bagaimana? Mahu mencuba?

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top