in

Jika Terkongkong Memikir Masalah Tanpa Henti, Banjir Keburukan Akan Melanda

Malam tadi bumi bermandi air. Hujan lebat. Kuat.

Air ini beri kehidupan. Air juga apabila berlebihan bawa kemusnahan dan kematian.

Terfikir.

Begitu juga kehidupan. Apabila masalah hadir, kita fikir sebentar, tidak melarut, kita cipta kematangan dan kemajuan.

Tetapi apabila kita terperangkap dalam hujan fikiran, terkongkong memikir masalah tanpa henti, pasti banjir keburukan akan melanda.

Banjir yang bawa kemusnahan bahagia. Banjir fikir yang rosakkan wajah indah kita.

Berfikir tentang cabaran perlu. Terperangkap dan berlamaan dalam fikiran, itu haru biru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Saya Sedang Menulis Buku Bertajuk “Sihat Secara Alami”

Project Oxygen: Kajian Terhadap Leaders