lemak di perut

9 Cara Berkesan Hapuskan Lemak di Perut

Perasan tak ada lapisan lemak yang berada di celah-celah organ.

Hari hari tengok boleh sakit mata.

Badan pun jadi tidak selesa. Jalan tak selesa, duduk pun tak selesa.

Ketul sana ketul sini.

Lemak itu kita tak perlukan pun. Kita perlu pecahkan dengan segera.

Saya kongsikan 9 Cara Hapuskan Lemak di Perut.

1. Greek Yogurt

Greek yogurt

Kenapa kena makan Greek Yogurt?

Greek Yogurt mengandungi protein yang tinggi.

Protein dalam greek yogurt mengandungi 1x ganda protein daripada makanan lain.

Ia akan buat usus kita tahan lebih lama sekaligus buat kita akan rasa lebih kenyang semasa puasa.

Dalam Greek Yogurt ada Linoleic Acid.

Membantu menurunkan berat badan. Proses burning fat lagi cepat.

Antara makanan wajib ambil kalau nak kuruskan badan.

Mungkin ada yang bertanya macam mana nak makan?

Boleh ambil begitu sahaja.

Kalau tiada selera masukkan buah-buahan segar seperti berries.

Buah-buahan seperti berries bantu pecahkan lemak dengan cepat.

Berries dan yogurt ada protein yang tinggi.

Bila ambil gabungan dua makanan ini semasa puasa, ia bantu pecahkan lemak dengan lebih cepat.

Resepi Greek Yogurt:

  • 3 sudu besar greek yougurt
  • buah-buahan berries
  • masukkan sedikit air sehingga menutupi paras berries.
  • masukkan kekacang, satu sudu chia seeds dan satu sudu madu *(option)
  • blend

2. Freekah

Freekeh

Freekah adalah alternatif kepada nasi.

Makan saja seperti makan nasi bersama lauk-pauk dan ulaman.

Lagi bagus campur bersama telur.

The best serve makan masa panas-panas.

Macam mana nak masak freekeh?

Sebiji macam masak nasi.

Atau boleh juga masak seperti masak pasta. Hanya perlu rebus 5-7 minit kemudian toskan.

Makan sama macam makan nasi.

Freekeh, tinggi fiber, tinggi protein.

Kita akan rasa kenyang yang lama.

Kajian keatas 240 manusia yang obesiti, orang yang ambil freekah makin turun berat badan setiap bulan.

3. Omega 3

Salmon

Raw salmon on the table

Omega-3 fokus bantu pembakaran lemak.

Mana nak dapat khasiat omega-3 ni?

boleh didapati pada Ikan kembung, salmon, makerel ikan tongkol atau fish oil.

Makan bersama freekah lagi power khasiatnya!

Mesti tertanya-tanya, kenapa omega 3 bantu proses pembakaran lemak?

Ada satu kajian melibatkan 44 orang dewasa.

Kajian dibuat dalam masa 6 minggu diberikan fish oil, didapati mereka dapat menurunkan berat badan sebanyak 500 gram.

Omega 3 juga menurunkan stress hormon (kortisal).

Kalau stress, hormon kortisal akan keluar dan akan buat kita makan banyak.

Ia boleh tingkatkan selera makan.

Apabila makan omega 3 dia akan bantu bakar lemak, tidak stress out.

Macam mana nak boost?

Boleh ambil 3x kali seminggu dia akan bagi efek yang sama pecahkan lemak.

Soalnya berapa banyak omega-3 yang boleh diambil?

Ambil 2000-3000 mg (2000 mg malam, 1000 mg pagi)

4. MCT Oil

Pembakar lemak yang superb!

Tahukah anda apabila kita puasa, kita tak dapat bekalan makanan dari glukose.

Dengan adanya MCT Oil, maka badan menghasilkan ketone.

Ketone adalah sumber tenaga untuk tubuh selain dari glukose.

Apa yang berlaku bila kita ambil MCT Oil?

Ia akan serap terus ke tubuh untuk tenaga.

Antara sumber tenaga yang dibekalkan oleh minyak MCT oil ini adalah asid lemak dan ketone.

Asid lemak dan ketone ini adalah sumber tenaga yag lebih baik dari glukose.

Ada kajian ke atas 8 orang ambil 2 sudu orang yang ambil MCT Oil setiap hari.

Didapati dapat meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 5% dalam masa sejam.

Bersamaan 100g kalori.

Hasilnya tubuh menjadi lebih cepat membakar kalori disebabkan metabolisme meningkat.

Macam mana nak guna MCT Oil?

Campur MCT Oil bersama air kosong.

Berapa kuantiti perlu ambil?

Ambil 1-2 sudu setiap hari.

Baca lanjut: Khasiat Minyak Kelapa/ MCT Oil Untuk Tubuh

5. Telur

telur

Telur pembakar lemak yang luar biasa. Bagi rasa kenyang lebih lama.

Rendahkan "feeling of hunger" dan promote "feeling of fullness"

Kajian yang dilakukan orang yang obesiti, apabila mereka makan telur, mereka akan lebih kenyang.

Kekerapan mereka untuk makan next meals makin berkurang.

Natijahnya, berat badan makin menurun.

Ada satu lagi kajian ke atas 21 orang yang diberi makan telur 3 biji sehari waktu pagi selama 8  minggu.

Didapati mereka hilang body fat di bahagian perut berbanding mereka yang mengambil roti setiap pagi.

Sebab apa telur boleh turunkan berat badan?

Pada telur mengandungi protein yang tinggi sekaligus ia mampu meningkatkan metabolisma antara 20-25%.

Bayangkan kita dah ambil makanan yang tingkatkan metabolisma dan ambil lagi telur.

Sekarang boleh ucapkan selamat tinggal pada lemak pada tubuh.

Protein boleh bantu boost kan kalori burning. Naikkan muscle sekaligus hilangkan berat badan.

Baca lanjut: 13 Khasiat Telur Patut Anda Tahu!

6. Green Tea

green tea

Green Tea kaya dengan antioksida yang tinggi.

Bantu bakar lemak lebih cepat.

Waktu bilakah boleh ambil?

Boleh ambil waktu pagi atau tengahari.

Diingatkan, dalam Green Tea ada sedikit kandungan kafein.

Kalau sensitif pada kafein, boleh ambil sebelum tengahari.

Baca lanjut: Kelebihan Teh Hijau

Elakkan makan makanan yang kurang nutrisi supaya tiada lemak yang terbentuk.

Makanan yang tinggi gula seperti kuih-muih akan hasilkan lemak.

7. Apple Cider

apple cider

Dalam apple cider ada acetic acid yang bantu bakar lemak dan menghilangkan lemak di bahagian perut.

Ada kajian ke atas 144 orang obesiti, dimasukkan 2 sudu apple cider dalam diet mereka.

Didapati mereka hilang 1.7 kg dalam masa sehari.

Hebat bukan?

Apple cider bagus untuk usus. Bantu untuk mereka yang ada masalah sembelit.

Baca lanjut: Kebaikan Apple Cider Untuk Tubuh

8. Dark Chocolate

dark chocolate

Dalam kajian ke atas wanita.

Apabila dia bau dan makan dark chocolate akan hilangkan selera makan.

Dia akan reduce hormon ghrelin.

Apabila hormon ghrelin ini turun, perut akan rasa tak lapar.

Macam mana nak sediakan dark chocolate?

Boleh blend dark chocolate bersama yogurt dan berries.

Boleh masukkan sedikit chia seed untuk bagi rasa kenyang.

Minum setiap pagi.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top