13 Khasiat Luar Biasa Telur Patut Anda Tahu!

Kenapa telur sangat bagus untuk kesihatan?

Berkali-kali saya sebut khasiat telur ini di facebook saya.

Terutamanya kalau diambil waktu pagi.

Telur merupakan makanan tinggi protein yang sangat sesuai untuk diambil terutamanya pada waktu pagi sebagai energy booster.

Sebenarnya, ramai takut nak makan telur kerana telur kuning dikatakan ada kolesterol.

Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi.

Malah telur ada banyak jenis vitamin yang penting untuk keperluan tubuh badan.

Ada kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.

Jom kita terokai khasiat telur yang patut anda tahu.

1. Bekalkan Sumber Tenaga

Ramai yang masih skip sarapan pagi ni sebab tak sempat katanya.

Breakfast ni WAJIB ambil. Tak perlu nak makan grand.

Makan sebiji telur rebus sudah memadai.

Saya ada share banyak resepi saya yang saya selalu makan dekat rumah.

Telur bekalkan sumber tenaga.

Untuk badan memulakan hari yang penuh mencabar dan berliku.

Makanan yang diambil tu akan jadi bahan bakar untuk badan.

Membekalkan tenaga tu supaya kita tak mudah letih ketika bekerja.

Otak pun tak mudah tepu.

Breakfast ni akan picukan metabolisma, memberi signal untuk badan bakar kalori.

Masa makan tu, kita sebenarnya ‘beri isyarat' pada tubuh kita.

Yang akan ada lebih banyak lagi kalori yang akan masuk pada hari itu.

2. Menurunkan Berat Badan

Telur kaya dengan sumber protein untuk tambah berat badan. Saya selalu makan telur separuh masak semasa breakfast.

Tabur sedikit lada hitam lepastu makan dengan roti wholemeal, sedap sungguh..

Telur ni juga kaya dengan sumber tenaga, protein, vitamin dan mineral untuk kesihatan tubuh badan.

Nak lagi sihat boleh try makan telur yang diperkaya dengan Omega-3 atau telur organik.

3. Bagus Untuk Kulit

Kandungan Vitamin A dan kolagen yang tinggi dalam putih telur dapat mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar, parut, jerawat, kedutan dan ruam.

Telur mengangungi 69 jenis khasiat protein.

Telur boleh membantu menghilangkan garis halus pada muka.

Sekaligus boleh dijadikan sebagai face mask dengan putih telur.

4. Multivitamin Semulajadi!

Kuning telur sering menjadi isu.

Ramai yang tak mahu mengambil kuning telur kerana kandungan kolestrol yang terdapat di dalamnya.

Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa kolestrol bukanlah sesuatu yang anda perlu takuti.

Dengan mengambil kandungan kolestrol yang sederhana, ianya tidak akan meningkatkan kolestrol jahat ataupun LDL kolestrol dalam darah anda.

Malah, kuning telur sebenarnya merupakan salah satu makanan paling bernutrisi yang terdapat di muka bumi ini.

Telur biasanya mempunyai nutrisi yang sangat tinggi sehingga ianya digelar sebagai "multivitamin semulajadi".

Kuning telur mengandungi vitamin, mineral, dan juga pelbagai nutrien yang sangat bagus seperti choline.

5. Baik Untuk Otak

Telur merupakan sumber penting untuk anda dapatkan vitamin B yang bagus seperti vitamin B-6, vitamin B-12, dan juga asid folik.  


Kajian terbaru menunjukkan bahawa vitamin-vitamin ini boleh menghalang pengecutan otak dan melambatkan penurunan kognitif

6. Baik Untuk Mata

Telur kaya dengan lutein dan zeaxanthin.

Sejenis antioksida yang boleh melindungi mata dan mengurangkan penyakit mata seperti katarak dan juga degenerasi makula.

Sejenis kemerosotan daya penglihatan yang biasanya dialami oleh golongan yang lebih berusia.

7. Sumber Vitamin D

Vitamin D – Penting untuk sistem imun. Tubuh jadi sihat dan kuat. Masa remaja rasa kuat ni penting.

Vitamin D ni diperlukan oleh Otak. Penting untuk otak.

Sumber dari kuning telur.

Paling murah dapatkan dari sumber matahari.

Sebab itu pagi buat aktiviti di luar bukan sambung tidur lepas subuh

8. Bantu Untuk Tidur

Telur merupakan makanan yang tinggi tryptophan.

Ianya adalah penggalak tidur.

Kalau rasa susah nak tidur. Ambil telur.

Tryotophan bantu otak keluarkan melatonin – hormon tidur.

Elakkan minuman berkafein. Paling akhir minum sekitar jam dua petang.

9. Baik Untuk Rambut & Kuku

Selain kulit dan mata, telur rebus juga memiliki manfaat untuk rambut dan kuku.

Telur rebus memiliki sumber vitamin D yang tinggi.

Kandungan mineral dan antioksidan dalam telur akan membantu pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat.

10. Mencegah Penyakit Jantung

Telur rebus mengandung lemak baik untuk kesihatan.

Lemak yang ada pada telur akan menstabilkan kadar kolesterol darah sehingga mampu mencegah risiko timbulnya penyakit jantung.

Kemudian kandungan omega-3 pada telur rebus juga dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) yang berkaitan dengan penyakit jantung.

11. Mengurangkan Risiko Kanser

Manfaat makan telur terutamanya telur rebus membantu menurunkan risiko kanser.

Telur mengandungi antioksidan yang tinggi.

Menghalang radikal bebas penyebab munculnya sel kanser.

Mengambil telur rebus dalam diet harian dapat membantu menurunkan risiko kanser.

12. Meningkatkan Massa Otot

Kandungan protein yang ada pada telur rebus dapat meningkatkan massa otot secara perlahan-lahan.

Satu biji telur rebus terdapat 6 gram protein, yang terdiri dari asid amino yang mana ianya sangat penting untuk keperluan tubuh.

Menariknya,
 
kalau anda mahu naikkan muscle atau sedang membina badan, pakar fitness akan mengesyorkan untuk ambil telur.

Cuba ambil telur rebus secara rutin harian, kesannya sangat menakjubkan badan otot. 

13. Tingkatkan Hormon Dopamin

Dopamin ialah neurohormon. Berikan kita good feeling. Penting untuk motivasi.

Kurang dopamin undang bahaya. Menyebabkan mood jadi tidak stabil. 

Boleh berlaku  risiko terjadinya ‘depression’. 

Sebab itu, pentinya hormon dopamin di dalam tubuh.

Ia mempengaruhi perilaku seseorang. 

Ketika dilepaskan dalam kadar yang tepat, hormon dopamin akan membuat seseorang lebih bersemangat dan termotivasi.

Tetapi apabila berlebihan ia jadi ketagihan. Perlu hati-hati dalam mengurus dopamin.

Telur bantu baiki mood. Apabila mood merudum, boleh cuba ambil telur dalam diet seharian.

.

.

6 Resepi Sihat Menggunakan Telur:

1. Sandwich OCOC

Bahan bahan:

  • Seketul ikan salmon. Goreng salmon tanpa minyak. Sapu sedikit minyak ghee
  • Dua biji telur direbus
  • Butter untuk disapu atas roti
  • Roti Multigrain
  • Lettuce. Sehelai atau dua helai
  • Timun. Dipotong nipis

Cara cara:

  1. Ceraikan isi ikan
  2. Hancurkan telur rebus campur dengan isi ikan. Digaul.
  3. Sapu butter atas roti. Letakkan lettuce dan timun.
  4. Masukkan campuran isi ikan dan telur tadi. Kalau mahu boleh letak lada hitam.

2. Oatmeal Telur

Bahan-bahan:

  • 3 cawan air sup dari rebusan sayur
  • 4 tangkai daun bawang (s)
  • 2 sudu kecil halia
  • 1/4 sudu teh garam laut
  • 3/4 cawan oats, Steel Cut atau Rolled Oat
  • 2 biji telur (ayam kampung atau omega-3)
  • 2 sudu kecil Tamari Soy Sos (organik)
  • 1 sudu kecil Bijan Hitam

Cara-cara:

  1. Panaskan kuah sup rebusan sayur
  2. Masukkan 2.3 daripada daun bawang, halia dna garam sehingga mendidih dalam periuk sederhana.
  3. Tambah oat dan biarkan hingga mendidih
  4. Kecilkan kepada sederhana rendah dan tutup dengan tudung
  5. Kacau sekali-sekala, sehingga masak sepenuhnya, kira-kira 20 minit 
  6. Pindahkan ke mangkuk, potong dan masukkan telur rebus.
  7. Tambah sos tamari, bijan dan baki daun bawang

3. Omelet Telur

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • Beberapa kepingan pepperoni atau sausage yg dipotong nipis
  • 1 biji kentang dipotong dadu / nipis2
  • 1 labu bawang besar dicincang
  • 1 sudu kecil paprika dan garam
  • 5 sudu besar susu segar / air sejuk
  • Secubit rosemary / parsley / cheese ( optional)

Cara-cara:

  1. Pukul telur ,susu segar/air sejuk , paprika dan garam.Biarkan seketika. *TIPS: Air sejuk / susu akan membuatkan omelette jadi fluffy.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam flat pan dan tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan kentang dan pepperoni.Goreng 3-5 minit hingga kentang cukup masak.
  3. Tuangkan telur yang telah dipukul dan sebarkan isi supaya rata. Masak atas api kecil. Kalau suka cheese, taburkan cheddar cheese sekeping kat atas.Taburkan juga rosemary (optional).
  4. Goreng hingga masak telur.Tak perlu terbalikkan macam masak telur dadar biasa tu.Ni open omelette. Selamat Mencuba!

4. Sweet Potato Scramble

Bahan-bahan:

  • 2/3 biji telur 
  • 1 genggam chicken breast (direbus potong kecil)
  • 2 batang bayam 
  • 3 batang asparagus
  • Cili besar (pedas / tak pedas ikut selera)
  • Ubi keledek (dipotong dadu)
  • Unsalted butter
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam
  • Daun bawang

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Pukul sampai sebati.
  2. Panaskan kuali bersaiz sederhana di atas api sederhana. Letak unsalted butter.
  3. Masukkan cili besar dan ubi keledek. Masak sehingga sederhana lembut. 
  4. Kemudian masukkan telur bersama bayam dan asparagus. 
  5. Masukkan ayam. Garam dan lada hitam secukup rasa.
  6. Kacau sehingga masak. Taburkan daun bawang.

5. Banana Pancakes

Bahan-bahan:

  • 2 ulas pisang dibuang kulit
  • 4 biji telur 
  • tepung rye
  • 2 sudu kecil maple syrup
  • 1/4 sudu kecil garam kosher/laut
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • Gula kelapa
  • Beri biru

Cara-cara:

  1. Lenyek pisang dalam mangkuk
    Masukkan tepung rye. Letakkan 4 biji telur, 2 sudu kecil maple syrup, garam dan baking powder.
    Kacau sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak sayuran dalam kuali (non stick pan). Lapiskan 1 layer bahan tersebut di dalam kuali.
  3. Masak sehingga 3-4 minit sehingga keperangan. Kemudian ulang lapisan sehingga menjadi pancakes.
  4. Oleskan maple syrup atas pancakes. Tabur sedikit Gula Kelapa
  5. Taburkan beri biru. Sedia untuk dimakan.

6. Telur Dadar Rosemary

Bahan bahan:

  • 2 biji telur
  • Segenggam daun rosemary
  • Secubit garam
  • Kacang almond (dihiris nipis)


Cara cara:

  1.  Pecahkan telur dan masukkan kesemua bahan kecuali almond.
  2. Kacau sehingga berbuih (tips telur rangup dan lembut).
  3. Panaskan kuali anti lekat.
  4. Letakkan sedikit minyak sawit merah.
  5. Masukkan campuran telur.
  6. Tunggu 1 minit kemudian taburkan hirisan almond,
  7. Goreng sehingga kuning keemasan.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Scroll to Top