Dok survey jenis beras perang peniaga kecil dok jual.
Ramai juga dok tanya,
“Dr Rizal ni memang anti nasi ker?”
Jawapan saya,
“Ya, saya anti nasi putih. Kenapa la nak kena dekat dengan benda yang jahanamkan tubuh”
Sama lah dengan geng lain.
Macam tepung putih, gula putih dan tepung putih tu
Mohon dijauhkan.
Kalau bab beras.
Feveret saya tak lain tak bukan beras hitam wangi Uma ni.
Kategori beras perang.
Pilihan lain termasuk quinoa dan barli
Semua bahan power ni ada dalam Barley Flakes.
Berbanding beras putih, beras perang jauh lebih elok untuk kesihatan.
Ada 3 kali ganda kalsium dan magnesium.
Menariknya, beras perang tidak boleh dimasak terus ye.
Dia ada phytic acid.
Tugasnya halang serapan kalsium dan magnesium.
Untuk dapatkan manfaat mineral maksimal dari beras perang.
Phytic acid perlu dikeluarkan.
DAPATKAN BARLEY FLAKES SEKARANG!
Bagaimana caranya?
Beras perlu direndam selama 24 jam
Jadi kalau mahu masak esok jam 11 pagi, rendamlah beras jam 11 pagi hari ini.
Langkah mudah macam dibawah:
1. Ambil beras dan sukat ikut sukatan cawan.
2. Masukkan ke dalam bekas.
3. Masukkan air yang sudah ditapis. Ini penting.
4. Pastikan air dua kali ganda lebih dari beras.
5. Tutup bekas dengan plastic wrap atau tudung plastik.
6. Letakkan di tempat suam dalam suhu bilik.
7. Esoknya, simpan separuh air rendaman.
8. Masukkan dalam bekas asing. Separuh lagi buang.
9. Basuh beras macam biasa.
10. Masak.
Air rendaman yang disimpan akan digunakan untuk rendaman akan datang.
Untuk rendaman akan datang.
Simpan lagi separuh air rendaman itu.
Apabila air rendaman lepas digunakan.
Masa rendaman dapat dikurangkan kepada 12 jam
Kenapa?
Sebab phytase sudah keluar dan berada dalam air rendaman yang lepas.
Tahap phytase makin kurang apabila makin lama masa rendaman.
#DrRizal