Cara Tony Robins Nasihat Anak

Dalam kelas Tony Robbins kongsi cerita.
Kisah cara dia nasihati anaknya. Kisah dia dan anaknya, Josh.
Saya tekuni. ‘Mesti menarik!’ adalah kata yang terbenih di minda pada waktu itu.

Saya tarik nafas. Tajamkan deria dengar. Gaya seperti pasang kuda kuda untuk bersilat.

Tujuannya biar jelas dan bulat bulat masuk ke dalam telinga.

I don’t expect you to be perfect!” Dia mulakan kisahnya berdialog dengan Josh.

I expect you to make mistakes. To lie to me. To do stupid things!

But being a smart guy, I believe you gonna rectify things, make things good again!”

But being a smart guy, as you said you’re, you gonna come and talk to me.

Share with me. Asking for opinion and advise!”

Tony terus sambung. Panjang sekali ceritanya.

Saya diam. Kepala ligat berfikir. Mencari titik temu faham dan ilmu. Saya temui titik itu.

Dalam mendidik cara beliau berbeza. Dia gunakan langkah berikut:

1. Pre-framing

Dari awal diberitahu pada anaknya semua orang lakukan kesalahan atau kesilapan. Termasuk diri Tony sendiri. Dia akui.

Yang penting ialah betulkan alur salah, keluar dari laluan silap yang dimasuki.

2. Acknowledging

Tony akui kesilapan dan kesalahan. Tidak letakkan anaknya berstatus malaikat yang tidak lakukan noda dan dosa.

Perakuan begini beri rasa lega kepada ibu bapa. Takat standard tidak diangkat terlalu tinggi.

3. Framing

Paling menarik langkah ketiga ini. Tony mahu anaknya datang bercerita kepada beliau. Dia letak teknik framing ini menyebut anaknya akan datang mengadu dan bercerita padanya.

4. The Power of But

Tony guna perkataan BUT. Ini adalah teknik dalam neuro-language.

Masukkan but letakkan perkara penting ialah kata kata selepas perkataan BUT.

Perkataan sebelumnya tidak lagi sepenting sebelumnya.

Contohnya dalam meng’ayat’ anaknya Tony sebut

“But being a smart guy, as you said you’re, you gonna come and talk to me.

Share with me. Asking for opinion and advise!”

Kata kata awal tentang salah dan silap dikecilkan.

Yang dibesarkan ialah “Datang jumpa ayah dan dapatkan pandangan dan nasihat.”

Menariknya ialah teknik The Power of But digabungkan dalam Framing.

Cuma saya tertanya tanya berapa ramai ibu bapa mahukan anak perfect?

Walau ramai tidak mengaku tetapi tingkahlaku menuju ke arah itu.

Yang rasai perkara ini adalah anak-anak.

Fenomena ini dirakamkan oleh kumpulan Simple Plan dalam lagunya Perfect. Liriknya begini:

Hey, Dad, look at me
Think back, and talk to me
Did I grow up according to plan?
And do you think I’m wasting my time
Doing things I want to do?
But it hurts when you disapproved all along
And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I’m never gonna be good enough for
You can’t pretend that I’m alright
And you can’t change me

Lirik ini adalah jeritan batin seorang anak.

Jeritan batin budak baru nak up, kata orang sekarang.

Hanya minta difahami dan diberi ruang memilih corak hidup sendiri.

Saat musim peperiksaan ini, banyak kesempurnaan ditagih dari anak.

Banyak skor sempurna yang dinantikan. Semuanya kerana impian si ibu dan ayah.

Berbalik pada teknik Tony Robbins.

Teknik dan cara begini penting untuk ibubapa. Penting untuk CEO, ketua dan pemimpin.

Penting untuk semua orang pelajari.

Saya cuba guna cara yang sama. Anda bagaimana?

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top