Demam Denggi – Apakah Tanda Dan Cara Mencegahnya?

Setiap tahun, ribuan rakyat Malaysia dijangkiti demam denggi – satu penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

Penyakit ini semakin berleluasa terutama ketika musim hujan dan sering menimbulkan persoalan? – Apakah sebenarnya demam denggi, bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tandanya dan yang paling penting, bagaimana cara untuk mencegahnya?

Artikel ini akan membincangkan tanda-tanda demam denggi dan cara mencegahnya secara terperinci.

 

Apakah Maksud Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang dijangkiti. Virus ini tergolong dalam kumpulan Flavivirus dan boleh menyebabkan gejala ringan hingga komplikasi yang serius seperti Demam Denggi Berdarah atau Sindrom Renjatan Denggi (Dengue Shock Syndrome).

Nyamuk Aedes aktif menggigit pada awal pagi dan lewat petang. Ia membiak dalam air bertakung seperti pasu bunga, tayar buruk dan longkang tersumbat – menjadikannya ancaman yang mudah tersebar di kawasan kediaman.

 

Tanda Demam Denggi Yang Anda Perlu Tahu

Gejala demam denggi biasanya muncul 4 hingga 10 hari selepas digigit nyamuk yang dijangkiti. Berikut adalah beberapa tanda-tanda demam denggi yang paling lazim:

  1. Demam tinggi secara tiba-tiba (mencecah 40°C)
  2. Sakit kepala yang teruk, khususnya di bahagian dahi
  3. Sakit di belakang mata
  4. Sakit otot dan sendi – dikenali juga sebagai “breakbone fever”
  5. Loya dan muntah
  6. Ruam pada kulit – biasanya muncul selepas beberapa hari demam
  7. Pendarahan ringan – seperti mimisan, gusi berdarah atau lebam mudah

    Jika anda mengalami gejala-gejala ini selepas berada di kawasan berisiko, segera berjumpa doktor.

    Jangan ambil ubat seperti aspirin atau ibuprofen tanpa nasihat perubatan, kerana ia boleh memburukkan pendarahan.

     

    Cara Mencegah Demam Denggi

    Walaupun tiada rawatan khusus untuk membunuh virus dengue, pencegahan demam denggi adalah kunci utama untuk mengelak jangkitan. Berikut adalah langkah-langkah berkesan yang boleh diamalkan:

    1. Hapuskan Tempat Pembiakan Nyamuk

    • Buang air bertakung di sekitar rumah setiap minggu
    • Bersihkan longkang, salur air dan pasu bunga
    • Tutup bekas simpanan air dengan rapat

      2. Gunakan Perlindungan Peribadi

      • Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang terutamanya waktu pagi dan senja
      • Gunakan penghalau serangga pada kulit dan pakaian

        3. Pasang Jaring Nyamuk dan Kelambu

        • Elak nyamuk masuk ke dalam rumah dengan memasang jaring halus pada tingkap dan pintu
        • Tidur di bawah kelambu, terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak

          4. Dapatkan Maklumat Kes Denggi Terkini

          • Pantau status kes denggi di kawasan tempat tinggal melalui portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
          • Sertai gotong-royong atau kempen anti-denggi

            Kesimpulan

            Demam denggi bukanlah penyakit ringan. Tanpa rawatan segera, ia boleh membawa maut.

            Justeru, penting untuk kita memahami apa sebenarnya demam denggi, mengenal pasti tanda-tanda awal dan mengamalkan cara pencegahan demam denggi yang efektif.

            Jangan tunggu sehingga anda atau orang tersayang dijangkiti. Ambil langkah berjaga-jaga sekarang dan jadikan persekitaran anda bebas dari ancaman nyamuk Aedes!

            Semoga bermanfaat! ✨

            Anda Juga Mungkin Berminat

            Nak Anak Pandai Bergaul? – Cuba 11 Cara Ini Pupuk Perkembangan Sosial Anak!

            Awas! Elak 7 Benda Ni Kalau Tak Nak Obes

            Ketahui 9 Cara Atasi Dehidrasi

            Amalkan 7 Tabiat Ini Selepas Makan!

            Ini 5 Manfaat Kubis Cina Untuk Kulit Ramai Tak Tahu!

            Kenali 7 Risiko Gemar Tidur Lewat!

            Scroll to Top