Dengki & Otak

Debbie menghempaskan begnya ke atas meja.

Mukanya merah padam. Menahan marah yang membuak-buak.

Ringan sahaja mulut Debbie mengeluarkan kata-kata kesat.

Kerusi juga dihentaknya. “Aku tak sangka dia orang sanggup buat macam ni”, dengus Debbie.

“Di depan bukan main baik lagi. Di belakang bukan main lagi. Mengata dan memburukkan orang sesuka hati.”

tambah Debbie lagi. Dadanya berombak kencang.

Merah mukanya masih belum surut. Debbie kemudiannya diam. Matanya jatuh ke lantai.

Nafasnya kembali perlahan.

“Aku tak sangka dengki mereka sampai begini. Ingatkan kawan akan berbangga dengan kejayaan kawan.”

Debbie bercakap sendirian. Rupanya masih bersisa kemarahannya.

Debbie mengadu tentang dengki teman sendiri. Ditikam dari belakang tatkala merasa diri disukai.

Dia langsung tidak menduga persahabatannya seolah meletak diri untuk dicucuk duri.

Dengki ada di mana-mana. Terkena pada siapa-siapa sahaja.

Sebabnya pelbagai. Empunya dengki lebih mengetahui sebabnya.

Apabila wujud perasaan dengki, bahagian otak bernama Schadenfreude akan aktif (seperti dalam gambar).

Schadenfreude dari bahasa German ditemui oleh orang German.

Andai kita bahagia melihat derita orang, bahagian inilah yang menyala-nyala umpama lampu raya.

Andai kita terasa sakit hati dengan kejayaan orang, bahagian ini juga berangkara.

Apabila kita jatuh dan terasa sakit, bahagian ini jugalah yang aktif.

Maksudnya dengki dan sakit fizikal datang dari bahagian otak yang sama.

Bahagian lain yang aktif ialah ventral striatum. Bahagian ini akan aktif apabila seseorang mendapat hadiah.

Bahagian ini jugalah akan ‘seronok’ apabila orang yang kita tidak suka ditimpa petaka.

Persoalan sekarang ialah baik atau tidak apabila Schadenfreude aktif?

Jawapannya tidak. Ia mengganggu prefrontal cortex (PFC).

Kemampuan kita menganalisa dan membuat keputusan terganggu.

Andai kita yang menjadi mangsa apa yang patut dibuat?

Andai kita berfikir lama tentangnya, Anterior Cingulate Gyrus, Basal Ganglia dan Deep Limbic System kita akan menjadi terlebih aktif.

Kesannya adalah pada otak kita. Gangguannya pada hormon serotonin dan dopamin kita.

Kedua-duanya menjadi tidak stabil.

Berbaloikah ingat akan peristiwa dengki? Jawapannya tidak.

Jadi apa yang patut dibuat? Boleh proses sebentar.

Atur strategi. Fokus pada perkara penting yang mahu dicapai. Jalan terus.

Perlu diingat dengki tidak bagus untuk otak.

Mengenang peristiwa kita menjadi mangsa dengki pun akan mengganggu otak.

Usah layani perasaan marah membara.

Jangan jadi seperti Debbie. Tidak berbaloi.

Otak kita tanggungjawab kita.

Sihat itu jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Scroll to Top