Dengki & Otak II – 5 Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Dengki

PHD atau Penyakit Hasad Dengki begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia.

Di mana-mana akan kedengaran suara sedih mangsa dengki.

Didengki oleh rakan, keluarga, teman sepejabat dan jiran bukan cerita asing dalam masyarakat.

Saya sendiri pernah menjadi mangsa. Berlaku di Melbourne.

Satu-satunya staf yang memiliki ijazah kedoktoran mengundang rasa dengki.

Lebih-lebih lagi saya bukan orang putih. Ya, orang putih pun pendengki. Dengki mereka ala-ala filem Hollywood.

Macam-macam cerita dikeluarkan. Digubah secantik mungkin. Ditambah perisa di sana sini untuk memberi rasa lebih hebat.

Saya tidak layan. Fokus pada sasaran. Mutu kerja ditingkatkan.

Seni interaksi dengan pesakit dimolekkan. Layanan pada pesakit berganda baiknya.

Natijahnya banyak dapat surat penghargaan. Dengan sendiri majikan tahu siapa yang bagus siapa yang tidak.

Bagi sesetengah dari kita menjadi mangsa dengki menyakitkan.

Menyedihkan. Suara hati membisik ‘apa salah aku’. Si pendengki tidak peduli.

Dengkinya menjadi-jadi. Hingga semua yang dibuat mangsa menjadi bahan untuk didengkikan.

Si pendengki akan suka, andai mangsanya mengalami kesusahan, kemalangan dimarahi atau apa sahaja perkara negatif.

Orang lain dihasutnya juga. Yang ikut sama, malangnya tetap sama.

Malangnya di mana? Di otak.

Pernah kemalangan? Jatuh tangga atau kaki terseliuh? Ditusuk sembilu atau duri sakitnya terasa bukan.

Itu namanya sakit fizikal. Dengki adalah sakit psikologikal.

Kedua-dua berpusat di bahagian otak yang sama iaitu parieto-insular cortex.

Sakitnya itu di sini, bak kata orang sekarang.

Dengki juga mengaktifkan Anterior Cingulate Gyrus.

 

Letaknya di hujung dahi dan ditengah-tengah permulaan rambut di kepala. Selari dengan hidung.

Lebih menarik lagi kesakitan yang ditanggung itu akan hilang bila mangsa dengki ditimpa sesuatu yang tidak baik.

Bahagian otak bernama ventral striatum yang mengeluarkan dopamin menjadi aktif. Dopamin dirembes dengan banyaknya.

Si pendengki menjadi seronok. Mengharapkan lebih banyak malapetaka berlaku pada mangsa.

Andai si pendengki kurang berfikir pada mangsa, bahagian parieto-insular cortex menjadi kurang aktif.

Andai tiada kesalahan atau malapetaka menimpa, ventral striatum tidak mengeluarkan dopamin.

Tiada kegembiaraan lagi bagi si pendengki.

Mahu elak dari terus jadi mangsa?

Lakukan 5 perkara berikut:

1. Fokus pada diri bukan pendengki. Usah beri alat kawalan diri kepada pendengki.

Hidup kita biar kita yang kawal. Bukan pendengki.

2. Tingkatkan prestasi. Gandakan mutu kerja.

3. Asah emosi pada perkara positif. Fikir positif. Bertindak positif.

4. Abaikan suara, cabaran, atau desakan dari pendengki.

5. Mengadu pada yang SATU. Jangan malu.

Dari DIA isu ini timbul kepada DIA dipulangkan semula.

Otak Kita Tanggungjawab Kita.

Jihad itu sihat.

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top