Elak Buat 4 Jenis Diet Ekstrem Ini!

Dalam proses nak turunkan berat,

Fokus kepada penurunan berat yang sihat & tak bahayakan kesihatan tubuh.

Diet yang diamalkan perlu sesuai untuk jangka masa panjang.

Perlu anda tahu,

Wanita dewasa perlu:

1,500 – 1,800 kalori sehari

Manakala lelaki dewasa:

1,800 – 2,400 kalori sehari

Jumlah kalori diambil bergantung kepada tahap aktif individu.

Jika anda aktif bersenam,

Maka jumlah kalori diambil akan lebih tinggi daripada biasa.

Untuk pastikan tubuh tidak kehilangan jisim penting seperti jisim otot.

 

 

Ini senarai 4 jenis diet ekstrem perlu dielakkan:

1. Diet Jus❎

Diet dengan ambil jus daripada buah & sayur sahaja.

Tubuh kehilangan sumber tenaga daripada zat penting seperti,

Karbohidrat, Protein, Essential fats, Mineral seperti Calcium, Zinc

 

2. Diet Makanan Mentah❎

Diet makanan mentah atau ‘raw foodism’, 

Iaitu ambil makanan berasaskan daging haiwan sahaja.

Senang kata, 

Pengamal diet ini TIDAK MAKAN MAKANAN DIMASAK.

Mereka juga singkirkan sumber karbohidrat.

Dan tumbuhan seperti sayur, buah, kekacang & tenusu seperti susu.

Bahaya diet ini ialah risiko Osteoporosis.

Akibat kekurangan mineral penting seperti Calcium.

Serta kehilangan sumber Vitamin B & Fiber.

 

3. Diet ‘Single Food’❎

Diet ini cukup popular dalam kalangan artis Korea Selatan.

Dalam satu hari,

Mereka hanya ambil 1 jenis makanan sahaja.

Contohnya, makan 1-2 biji keledek & minum air kosong.

Risiko terkena Anemia & Osteoporosis akibat tubuh kehilangan air & otot.

Tubuh juga alami ketidakseimbangan hormon seperti haid tak teratur, keletihan & sembelit.

 

4. Diet 500 Kalori❎

Diet ini sangat memudaratkan.

Kerana pengamal perlu kurangkan jumlah kalori secara mendadak.

Tubuh berisiko alami malnutrisi dengan kerosakan organ dalaman.

Diet ini biasa dikhaskan untuk mereka yang betul betul obes.

Dan dilakukan di bawah pemeriksaan doktor.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top