Diet & Otak

” Saya dah cuba ! ”

Itu perkataan yang terpacul dari mulut Tina.

Sebut saja diet jenis apa. Pasti dicubanya.

Hasilnya tak seberapa. Pasti akan ada ‘cheat day’. Bermula dengan satu hari sahaja ‘cheat day’.

Lama-kelamaan setiap hari menjadi ‘cheat day’.

Diet yang bermatian-matian cuba diamal, tinggal cantik di atas kertas.

Putaran ini melanda Tina bukan sekali. Apabila semangat lamanya membulat, dicuba lagi dengan diet yang lain.

Pantang ada orang menyebut diet ini lebih baik, dengan pantas dicubanya.

Produk pula silih berganti. Pelbagai jenama dicuba. Dari adunan tradisional sehinggalah yang diuji secara klinikal.

Telan. Minum. Sapu. Semuanya dirembat Tina.

Semuanya bertahan sekejap. Duit yuran kecantikan dah banyak dibelanjakan.

Cantiknya tak seberapa. Sakit hatinya tidak terkata.

Soalnya kenapa? Itu lontaran soalan dari Tina.

Saya diam sebentar. Menarik nafas. “Puan Tina.

Kesabaran puan menipis apabila rakan sekeliling meletakkan makanan berdekatan. Awal-awal mampu bertahan.”

“Kemudian hilang kawalan. Bermula dengan secubit. Kemudian sepotong. Sesal pun kunjung tiba.”

begitu puan? Soal saya.

“Ya. betul. Mana nak boleh tahan. Hari-hari dibawa kat depan. Bau saja dah menggoda.”

jawab puan Tina bersungguh-sungguh.

Ok puan. Ada dua bahagian yang menyebabkan perkara ini.

Satu namanya Anterior Cingulate Cortex (ACC). Sabar terletak di sini.

Apabila ACC kurang aktif, menipislah sabar.

Puan tak mampu beri kata-kata rasional lagi.

Berakhir dengan makanan yang cuba dielak menjengah masuk ke mulut.

Bahagian kedua ia Dorsolateral Prefrontal Cortex (DLPFC).

Masa DLPFC aktif, kata rasional akan keluar. Cuba mengelak dari melanggar diet.

Akibat terlalu lama dikelilingi makanan yang tidak patut diambil, dengan suruhan kawan-kawan, dengan aroma yang mencucuk ke hidung, akhirnya puan menyerah.

Ini berlaku kerana DLPFC menurun aktivitinya. Akibatnya hilang kata-kata rasional.”

panjang ulasan yang saya beri.

“Jadi apa yang perlu saya buat?” soal Puan Tina mahukan cara mengatasi perkara ini.

Sabar dan kawal diri ini macam sabun. Apabila diguna secara kerap ia menipis.

Jadi perlu ditambah lapisannya selepas diguna.

Caranya dengan: A.J.I.

A = Ambil makanan yang sesuai denga diet terlebih dahulu.

Kenyangkan diri awal-awal. Makan yang muncul kemudian kita tidak akan layan lagi.

J= Jauhkan diri bila makanan yang tidak diingini dihidangkan

I = Ingatkan diri setiap masa tentang pentingnya diet dijaga.

“Boleh puan?” soal saya meminta kepastian.

Puan Tina menarik nafas dalam-dalam.

Lantas berkata, ‘saya cuba. Mesti buat.”

2 Cara Turunkan Berat Badan

Banyak perguruan nutrisi dan diet diikuti.

Formal dan tidak formal sudah dirasai, sudah didengari. Semuanya ada basis saintifik sebagai sandaran.

Dalam berguru, banyak soalan membenih di fikiran.

Soalan yang acap diulang ialah

“what are the best way to shed some weights off. BEST FOR BRAIN”

Jawapan diterima sungguh konsisten. Setiap kali dua jawapan ini akan ada:

1. Puasa

2. Berhenti makan sebelum kenyang.

Kita makan untuk nutrisi. Bukan kerana saiz, berat dan kg.

Kata-kata yang no 2 ini pernah diucapkan 1400 tahun yang dulu.

Siapakah gerangan insan istimewa yang mendahului sains ini?

Saya tertanya tanya adakah kita mengikutnya?

Sihat adalah jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Scroll to Top