Diet Punya Pasal! Ikuti Kisah Kak Jie

Diet punya pasal. Inilah kisah seorang wanita.

Hanya ingin dipanggil sebagai Kak Jie.

Kak Jie telah nekad. Mahu konsisten makan sebelum pukul 7 malam.

Beliau sudahpun membayangkan pahit getir.

Yang bakal menguji ketahanan mentalnya.

Bukan senang nak ubah gaya hidup.

Kak Jie ada ramai rakan sekerja berbangsa Cina.

Dapat belajar banyak benda yang tidak pernah disangka akan dibuat Kak Jie.

Kak Jie perhati gelagat mereka.

Tak cakap banyak. Observant. Semua bawa botol air.

Kak Jie lebih tua.

Banyak juga lah jurang umur kalau nak banding dengan mereka.

Hati kecil Kak Jie berkata,

“Patutla fizikal semua slim melim jer”

Tak dapat dinafikan. Kak Jie juga terkesima dengan penampilan rakan sekerjanya.

Kulit pun cantik. Halus mulus.

Pori tak kelihatan. Apatah lagi jerawat.

Menghampiri waktu habis kerja. Kak Jie mula mengemas.

Nak balik rumah.

Sampailah ada salah seorang dari mereka ajak Kak Jie makan sekali.

Dinner katanya.

Mereka beli. Dijamin halal jangan risau. Ujarnya lagi.

“Waaa…you all eat so early ah?”

Kak Jie cuba speaking sikit.

Tangannya ligat membuka bekas makanan. Curious juga nak rasa.

Maklum ler makanan sihat.

“Yes Jie”

“Kita orang memang dinner before 7”

“Baru tubuh sihat”

Jawab yang tadi ajak.

Kak Jie angguk tanda terfikir. Matanya menoleh ke arah jam.

“Macam awal sangat jer nak dinner”

Terasa begitu ‘asing’ dengan makanan yang dijamu depan mata.

“Ni kalau aku hidang dekat rumah”

“Laki aku mesti ingat aku tengah buang tabiat”

Ujar Kak Jie dalam hati.

Ada banyak fresh veggies.

Kale. Arugula. Dada ayam. Kacang pea. Tomato ceri. Suku quinoa.

Seumur hidup tak pernah makan semua ni.

Biasa lah bila tekak kampung.

Tak makan sangat makanan ala Barat ni.

Kuah pun simple. Boleh rasa lemon dengan blackpepper.

Tapi rezeki tak elok diungkit. Bila dapat, kena bersyukur.

Kak Jie makan. Tak memilih orangnya.

Asal terbang burunglah. Asal insang ikanlah.

Walaupun tak pernah makan. Gigihkan jua.

Habis yang itu dihulurkan pula dessert.

Rupanya menarik.

Sekali tengok macam sagu gumpal. Tapi tak bergumpal bentuk bulat.

“Here you go Jie. Mango chia seed pudding”

Kuantiti tak banyak. Satu bekas kecil jer.

Pertama kali cuba. Sedap.

Manis buah. Lemak santan. Tak macam dessert lain yang pernah dimakan.

Selepas itu, Kak Jie pun mula lah sesi mengoogle.

Rupanya banyak manfaat bila makan sebelum 7 malam ni.

Kak Jie banyak refer dekat 7 KEBAIKAN MAKAN SEBELUM 7 MALAM

Dulu,

Kak Jie kalau dinner tak sah kalau tak pukul 9 malam.

Pekena pula nasi.

Gulai berkuah wajib. Bergoreng. Ayaq sirap.

Patut lah kembang bagai jalur lebar.

Sekarang Kak Jie dah nekad.

Bukan soal ingin kurus. Tapi sayangkan kesihatan.

Pada mulanya sukar. Tapi Kak Jie banyak join kelasku.

“Awak tikus, hendak menampar kepala kucing”

Kata Kak Jie pada diri sendiri masa aku jumpa dia.

Kak Jie ada semangat tapi dia tak berdaya.

Tidak apa. Aku akan tolong. Akan guide from A to Z.

Sekarang dah hampir 9 bulan Kak Jie amalkan diet makan sebelum 7 malam.

Kak Jie ubah gaya masakan.

Masakan sama cuma ubahsuai versi sihat.

Versi kurang garam. Kurang gula. Kurang minyak.

Lebihkan yang segar. Sayur dan buah.

Akibatnya….

Perut makin mengecil. Double chin makin surut. Kulit muka makin bersih.

Baju banyak kena beli baru sebab terlalu longgar untuk dipakai.

Bila buat medical checkup.

Kak Jie yang dulunya berisiko diabetes type-II kini bebas sepenuhnya.

Kak Jie banyak refer dekat buku OTAK

Dua dua versi Kak Jie ada.

“Saya ni memang tak reti lah kalau nak baca jurnal sains”

“Bahasanya kompleks”

Ujar Kak Jie.

“Bila saya kenal Dr. Rizal. Saya mulai ikuti tips yang diberi”

“Barulah saya dapat belajar. OTAK ni bagus. Tak guna bahasa sains”

“Senang nak faham untuk orang biasa macam saya”

Berkaca mata Kak Jie masa sesi luah meluah. Dia rasa dilindungi. Dibantu.

Syabas diucapkan kepada Kak Jie.

Belajar sesuatu?

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top