8 Kebaikan Utama Donut Peach Untuk Ibu Mengandung

Padu tak padu.

Donut peach menjadi pujaan ramai sejak dua menjak ni.

Kebanyakan sold out di cawangan kedai kedai buah.

Dahsyat betul penangan dia.

Mula mula saya ingatkan ada orang jual donut berperisa peach sedap teramat sampai viral.

Sekali tengok, lah buah peach leper rupanya.

Dipanggil donut peach, flat peach atau Saturn peach.

Saya nak kongsi kebaikan donut peach ni khas untuk ibu hamil.

ARTIKEL BERKAITAN:

12 KHASIAT DI SEBALIK DONUT PEACH YANG TENGAH VIRAL!

 

FOLIC ACID

Donut peach kaya folic acid. Berpisah tiada dengan kesihatan kandungan.

Untuk pembentukan tulang belakang dan otak bayi.

1 biji donut peach ada 4μg (mikrogram). Sumber terbaik folic acid.

 

VITAMIN C

1 biji donut peach ada 7mg vitamin C. Antara yang tertinggi.

Ibu hamil berisiko untuk kurang vitamin C.

Boleh kurangkan keberkesanan penyerapan zat besi.

Vitamin C penting untuk bentuk sel tisu, otot, kartilaj, salur darah, tulang dan gigi bayi.

 

SERAT FIBER

1 biji ada 1.5 gram serat fiber. Lancarkan pembuangan.

Bagus untuk atasi masalah perut kejang, kembung, perut berangin dan sembelit.

 

POTASSIUM

Ibu hamil mudah terkesan emosi.

Selain bengkak kaki, sakit tumit, sakit pinggang.

Donut peach tinggi potassium bantu atasi masalah di atas.

Dengan seimbangkan kadar cecair untuk ibu dan bayi.

1 biji ada 195mg potassium. Selain bantu rangsang fungsi pundi kencing dan ginjal.

FOSFORUS

1 biji ada 20mg fosforus.

Penting untuk tingkatkan ketumpatan tulang ibu dan bayi.

Buah lain termasuk markisa, kiwi, avocado, kurma merahdan jambu batu.

 

MAGNESIUM

Magnesium sangat penting untuk ibu hamil.

Tujuan elak uterus alami kontraksi palsu (pramatang) selain kejang perut.

 

FAT BURNER

Donut peach bantu kekalkan kenaikan badan sihat.

Sekaligus bantu bakar lemak lemak berlebihan.

 

HIDRASI

Ibu hamil perlu lebihkan pengambilan air untuk elak dehidrasi.

Donut peach tinggi kandungan air.

Selain tinggi antioksida untuk dapatkan ‘pregnancy glow’.

Kulit lebih cerah berseri terutama selepas bersalin.

 

Power tak power buah donut peach ni.

Wajib cuba sebab memang berbaloi.

 

#DrRizal #Neuroversiti #donutpeach

Anda Juga Mungkin Berminat

Ramai Ambil Kalsium, Tapi Tulang Tetap Rapuh: Ini 25 Tumbuhan Tinggi Vitamin K7

17 Tumbuhan Tinggi Air Alkali Yang Bantu Hidrasi Sel & Seimbangkan pH Tubuh

12 Herba Lawan Inflamasi Yang Bantu Tenangkan Tubuh Dari Dalam

10 Makanan Bunuh Parasit Secara Natural

Ramai Makan Kubis Cina, Tapi Tak Ramai Tahu 13 Nutrien Penting Ini

10 Kebaikan Habbatus Sauda Ramai Tak Tahu

Scroll to Top