Itik Atau Sindrom Itik (Duck Syndrome)? Kenali Maksudnya

Duck? Itik atau sindrom itik?

Tuan Puan pernah tengok itik di atas permukaan air?

Kalau perasan, itik nampak tenang menyusuri arus sungai.

Nampak elegan.

Tapi disebalik keanggunan yang ditonjolkan.

Kaki itik perlu bekerja sekuat mungkin.

Untuk pastikan ia tak tenggelam jatuh ke dasar sungai.

Bermula dari kisah itik.

Terbentuklah satu fenomena orang panggil sebagai Duck Syndrome.

BACA: BAGAIMANA SENAMAN BANTU LINDUNGI MEMORI?

duck

Cuba bayangkan.

Luaran tampak tenang namun dalaman bak ribut.

Diselubungi tekanan kerja.

Ingin hidup selesa dan mewah.

Tekanan untuk penuhi standard masyarakat sekitar.

Dilabel orang luar sebagai ‘confident’ namun dalaman ‘self-esteem’ rendah.

Sentiasa ‘craving’ untuk kelihatan ‘sempurna’.

Perfect di mata semua. Di mata media sosial.

Sentiasa cuba dan cipta ilusi ‘kehidupan yang sempurna’.

Tetapi sedaya upaya menyembunyikan segala penat lelah.

Kesulitan yang dilalui kerana mahu dianggap ‘sempurna’.

BACA: MUDA TAPI CEPAT LUPA? RISIKO EARLY ONSET DEMENTIA?

duck syndrome

Muncul perasan ‘takut’ jika orang lain tahu.

Takut apa orang lain fikir.

Kritikan. Takut sebab rasa hidup orang lain lagi bagus.

Benda ni tak elok untuk mental.

Boleh undang depression dan anxiety.

Macam mana cara nak atasi?

Kena ubah mindset.

Manusia itu sendiri tak sempurna.

Jadi, jangan tekan keatas diri untuk kena jadi sempurna.

Ingat.

Ketenangan minda itu adalah rezeki.

Berusaha untuk capai ia.

Boleh begitu?

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Ramai Makan Kubis Cina, Tapi Tak Ramai Tahu 13 Nutrien Penting Ini

10 Kebaikan Habbatus Sauda Ramai Tak Tahu

12 Sumber Tumbuhan Tinggi Protein Yang Sokong Tenaga, Otot & Metabolisme Tanpa Bebankan Tubuh

18 Sebab Kenapa Bok Choy Dianggap Sayur Hijau Paling Berkhasiat

Bayam dan Kale: Sumber Antioksidan, Vitamin & Mineral Penting Tubuh

19 Kelebihan Bendi Untuk Kesihatan Tubuh Dari Kepala Hingga Ke Usus

Scroll to Top