Muda Tapi Cepat Lupa? Risiko Early Onset Dementia?

Muda tapi cepat lupa?

Belum masuk 50an tapi memori macam umur 80an.

Normal ke? Kenapa?

Apa rasa apabila dicubit? Sakit?

Apa pula kesan warna pada kulit akibat dicubit? Merah?

Bagaimana pula kalau kita dicubit setiap hari?

Dicubit di tempat yang sama. Sehari 4 hingga 5 kali.

Dari sehari tukar kepada minggu.

Dari minggu tukar kepada bulan. Akhirnya bertahun dicubit.

Di tempat yang sama.

Bayangkan kesan cubitan itu? Lebamkah? Tertanggalkah kulit?

Early Onset Dementia

Juga disebut sebagai younger onset dementia.

Otak kita juga kena penangan kesan seolah olah dicubit.

Merah menyala jadinya.

Bahasa sains, keradangan atau inflamasi.

Kesan ini berlaku setiap hari.

Berlaku pada pusat memori. Namanya hippocampus.

Apabila kita makan makanan bergula kita seolah cubit cubit pusat memori ini.

Hippocampus akan beraduh. Menjerit sakit.

EOD rujuk kepada mereka yang ada dementia pada umur 65 tahun ke bawah.

Seawal umur 30an. Muda lagi.

Dementia paling lazim iaitu Alzheimer’s.

Baca Artikel Seterusnya: Macam Mana Nak Baguskan Memori?

muda

EOD sukar untuk dikesan. 

Tapi, kalau ada tanda macam di bawah. Sebaiknya jumpa doktor.

Kesan Gula Pada Otak

Malangnya kita tidak dengar jeritan dan rayuan.

Kita terus telan makanan dan minuman manis. Terus bedal semahunya.

Hippocampus menjadi lemah. Ada selnya yang mati.

Maklumlah dicubit 5 kali sehari. Setiap hari. Tanpa jemu.

Makin cepat lupa. Salahkan faktor usia naik.

Apabila mahu ambil makanan bergula, ingat ada jeritan kesakitan pada hippocampus.

Akan ada kematian.

Apabila hippocampus sakit dan selnya mati, kita tidak akan mampu mengingati.

Lupa akan jadi penyakit kekal abadi.

Stres Berpanjangan

Prolonged stres juga beri kesan pada otak.

Sebab tu, penting untuk luah.

Jangan pendam. Kalau stres, berehat kejap.

Luang masa untuk diri sendiri.

Ini tanda awal dementia:

  • Short term memory loss.
  • Sukar luah perkataan betul.
  • Mood bertukar.
  • Hilang minat.
  • Keliru.
  • Susah siapkan kerja.
  • Susah ingat arah.
  • Sukar fokus mendengar.
  • Mula jauhkan diri daripada orang lain.

Baca Artikel Seterusnya: Bagaimana Nak Tua Dengan Sihat?

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top