Ekstrovert & Otak

Ekstrovert tidak sama seperti introvert.

Masing-masing sarat dengan perilaku yang berbeda.

Ekstrovert lebih bersifat eksternal. Orientasi luaran. Penuh warna warni.

Esktrovert kurang betah duduk di bilik atau di rumah.

Jarang mahu menghabiskan masa sendirian.

Mesti berteman. Mesti keluar. Ada borak-borak.

Mesti mengopi atau mengeteh kata orang sekarang.

Andai diajak keluar, perkataan JOM pasti akan terpacul terus.

Tidak ditanya mahu ke mana atau keluar dengan siapa. Atau naik apa.

Perkataan JOM disambut dengan JOM sepantas mungkin.

Esktrovert mencari keseronokan di luar.

Cara dopamine (hormone gembira) berfungsi juga tidak sama dengan introvert.

Dopamin sangat aktif pada ekstrovert.

Kalau aktif biasa-biasa tidak teruja ekstrovert.

Hidup tidak ada ummph. Dopaminnya mesti lebih.

Berbual dengan orang ekstrovert menyeronokkan.

Ekstrovert berbual dengan sesiapa sahaja.

Tidak kira jantina. Ramahnya tidak bertempat.

Suka pada aksi. Kalau ada pasangan sebegitu tahan sahajalah.

Itu cara orang ekstrovert beroperasi. Banyak rambu ramba.

Dalam konteks imbasan otak, ekstrovert yang diimbas otaknya menunjukkan lebihan aktiviti di bahagian posterior thalamus dan posterior insula.

Keduanya berkait rapat dengan kecenderungan menganalisa maklumat berbentuk sensori.

Antaranya ialah lihat, dengar, rasa, bau dan sentuh.

Andai ekstrovert diminta memberi pendapat tentang pakaian kita, atau kesesuaian antara tudung dan baju, deskripsi dan ulasannya panjang.

Kata-katanya kekadang agak berbisa dan menghiris. Pernah berlaku?

Selamat datang ke dunia ekstrovert.

Otak kita tanggungjawab kita.

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top