Elak 7 Kesilapan Ini Selepas Cabut Gigi!

Ramai anggap cabut gigi sekadar prosedur mudah. Tapi hakikatnya, jika silap langkah selepas cabutan, anda mungkin berdepan kesakitan berpanjangan, jangkitan malah komplikasi lebih teruk seperti dry socket.

Dalam dunia pergigian, komplikasi selepas cabutan gigi boleh berlaku walaupun prosedur kelihatan ringkas.

Berdasarkan kajian dari Journal of Oral and Maxillofacial Surgery, risiko mendapat dry socket adalah antara 1% hingga 5% untuk cabutan biasa dan meningkat sehingga 30% untuk cabutan gigi bongsu yang rumit.

Jadi, amat penting untuk kita faham dan elakkan kesilapan-kesilapan yang biasa berlaku selepas prosedur ini. Artikel ini akan bongkar 7 kesilapan atau pantang larang selepas cabut gigi yang ramai lakukan tanpa sedar.

Jika anda mahu luka cepat sembuh, elak kesilapan ini segera!


1. Berkumur atau meludah terlalu kuat

24 jam pertama adalah paling kritikal. Berkumur atau meludah kuat boleh menyebabkan bekuan darah tercabut lalu menyebabkan dry socket – iaitu keadaan di mana tulang dan saraf dalam soket gigi terdedah, menyebabkan kesakitan yang sangat perit.

Apa perlu buat:

  • Elak berkumur atau meludah dalam 24 jam pertama
  • Selepas itu, berkumur perlahan-lahan dengan air garam suam untuk bersihkan mulut

    Menurut kajian National Institutes of Health (NIH), air garam suam membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria dan mempercepatkan proses pemulihan tisu.


    2. Hisap straw atau merokok

    Tindakan menghisap straw atau rokok menghasilkan tekanan negatif dalam mulut. Tekanan ini boleh menyebabkan blood clot tercabut dari soket gigi, meningkatkan risiko dry socket dan jangkitan bakteria.

    Pantang larang:

    • Jangan hisap straw selama sekurang-kurangnya 3 hari
    • Elakkan merokok selama 72 jam selepas cabutan gigi, lebih lama jika boleh

      Kajian British Dental Journal mengesahkan bahawa perokok mempunyai risiko dua kali ganda lebih tinggi untuk mengalami dry socket berbanding bukan perokok.


      3. Makan makanan keras, panas atau pedas

      Makanan bertekstur keras boleh mengganggu kawasan luka atau terperangkap dalam soket. Makanan pedas pula boleh menyebabkan iritasi dan radang.

      Cadangan:

      • Pilih makanan lembut seperti bubur, sup suam, yogurt, smoothie
      • Elakkan makanan rangup, keras atau terlalu panas dan pedas sekurang-kurangnya 3 hari

        Makanan lembut membantu mengelakkan trauma tambahan pada luka dan membolehkan penyembuhan berlaku lebih cepat.


        4. Tidak ambil ubat ikut arahan

        Jika doktor gigi memberi ubat tahan sakit atau antibiotik sangat penting untuk anda mengikut jadual ubat dengan tepat. Abaikan ubat boleh menyebabkan jangkitan atau kesakitan berpanjangan.

        Tip:

        • Jangan tunggu sakit baru ambil ubat
        • Habiskan semua antibiotik walaupun anda rasa sudah sihat

          Menurut Journal of Clinical Dentistry, pematuhan pengambilan antibiotik secara konsisten dapat mencegah komplikasi dan mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan oral.


          5. Tidak jaga kebersihan mulut

          Walaupun kawasan sekitar luka perlu dijaga dengan berhati-hati, anda tetap perlu menjaga kebersihan mulut untuk elakkan pertumbuhan bakteria.

          Amalan selamat:

          • Gosok gigi dengan perlahan menggunakan berus gigi lembut
          • Elakkan kawasan luka secara langsung
          • Elak berkumur kuat; guna air garam suam selepas 24 jam

            Kebersihan mulut yang baik bantu mengurangkan pembentukan plak dan mempercepatkan pemulihan tisu gusi.


            6. Aktiviti berat terlalu awal

            Aktiviti fizikal seperti senaman berat, mengangkat barang atau membongkok boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan pendarahan semula dari soket gigi.

            Cadangan:

            • Rehat sepenuhnya 24–48 jam selepas cabutan
            • Elakkan sebarang aktiviti berat selama sekurang-kurangnya 3 hari

              Kajian menunjukkan bahawa tekanan fizikal boleh meningkatkan risiko pendarahan pasca prosedur, terutama pada pesakit yang kurang rehat.


              7. Abaikan tanda bahaya

              Kesilapan paling besar ialah menganggap semua kesakitan selepas cabut gigi adalah normal. Tanda seperti sakit berpanjangan, bau mulut busuk atau nanah adalah simptom jangkitan atau dry socket.

              Segera jumpa doktor jika:

              • Sakit makin kuat selepas hari ke-3
              • Ada bau busuk dari mulut
              • Demam, nanah atau pendarahan tidak berhenti

                Rawatan awal boleh cegah komplikasi yang lebih serius dan memerlukan pembedahan lanjut.

                 

                Kesimpulan

                Lepas cabut gigi, tubuh perlukan masa dan ruang untuk sembuh – dan anda sebagai pesakit perlu bantu proses itu dengan disiplin dan penjagaan rapi.

                Elakkan 7 kesilapan yang dibincangkan, patuhi arahan doktor gigi dan peka terhadap tanda-tanda komplikasi. Dengan penjagaan yang betul, luka boleh sembuh cepat tanpa risiko jangkitan atau dry socket.

                Ingat, tindakan kecil boleh beri kesan besar pada kesihatan mulut anda!

                 

                Untuk penjagaan mulut yang lebih menyeluruh, anda boleh cuba PROBIOTIK NATURAL TOOTH FOAM. Ia diformulasikan secara semula jadi tanpa bahan kimia keras, membantu mengimbangi mikrobiom dalam mulut, mengurangkan radang dan mempercepatkan penyembuhan selepas prosedur pergigian.

                Produk ini sesuai digunakan selepas cabutan gigi kerana tidak mengganggu tisu luka, malah menyokong pemulihan gusi.

                Jangan lupa, dapatkan sekarang!
                Tekan link DISINI!

                 

                Soalan Lazim (FAQ)

                1. Bila boleh mula makan selepas cabut gigi?
                Selepas 1–2 jam jika bius telah hilang sepenuhnya. 

                2. Bolehkah minum air sejuk atau panas?
                Elakkan air panas 24 jam pertama. Minuman sejuk atau pada suhu bilik adalah lebih selamat untuk mengelakkan pendarahan semula.

                4. Berapa lama luka cabut gigi akan sembuh?
                Kebanyakan luka akan sembuh dalam 1–2 minggu. Namun, gusi dan tulang boleh mengambil masa sehingga 4–6 minggu untuk pulih sepenuhnya.

                Anda Juga Mungkin Berminat

                Bulking Vs Cutting – Mana Lebih Sesuai Untuk Mulakan Dulu?

                Awas! 11 Makanan Ini Tidak Baik Untuk Gigi!

                Bayi Lelaki VS Bayi Perempuan – 9 Perbezaan Ibu Bapa Perlu Tahu!

                Elak 7 Kesilapan Ini Selepas Cabut Gigi!

                Kerang – Bagus Atau Sebaliknya?

                9 Makanan Berkafein Ramai Tak Sangka!

                Scroll to Top