Emosi & Otak

Manusia ada pelbagai emosi. Rencamnya menguja dan meresahkan.

Ada suka ada duka.

Tempoh hari ada pelajar bertamu. Ceritakan isu berkenaan rakan.

Katanya emosi tidak stabil.

Nama pelajar ini Sahlan. Berada di tahun 2. Bidang berkaitan ekonomi dan kewangan.

“Ada kena mengena dengan OTAK ke Doktor?” dengan senyum dia bertanya.

“Perli saya ke?” soal saya pula, pantas.

“Eh taklah. Saya betul-betul nak tahu. Ada ke?” soalnya lagi.

“Mestilah ada. Semua benda yang kita buat, atau berlaku ada kena mengena dengan OTAK.”

“Kalau nak tahu kena salin apa yang saya nak cakap ni. Boleh?” soal saya pula.

“Boleh-boleh”, jawab Sahlan dengan mengeluarkan kertas dan pen dari backpacknya.

Kena ingat lima bahan kimia di dalam otak.

Emosi yang naik turun ada kaitan dengan lima bahan kimia ini:

1- Norepinephrine

Andai tinggi kita akan rasa sedikit panik. Takut ketinggalan. Takut lambat.

Asyik nak push orang. Boleh menyebabkan selera menurun.

Kalau rendah kita kena penyakit risau yang kronik

2- Nitric Oxide

Kalau tinggi kita jadi tenang. Kalau rendah jadi gemuruh.

3- GABA

Kalau tinggi kita jadi macam zombie. Macam kena ubat penenang.

Kalau rendah jadi hyper pulak. Susah nak dikawal.

4- Dopamin

Kalau tinggi jadi positif. Macam orang kata gelas separuh penuh. Kalau kurang gelas separuh kosong.

5- Serotonin

Kalau tinggi, mood jadi baik. Senyuman sentiasa dibibir.

Orang yang dapat anugerah senyum sampai ke telinga sebab serotonin tinggi.

Kalau rendah muka nampak moyok. Macam kena kemurungan.

“Ok. Saya kongsi maklumat ini dulu. Ada masa lain saya terangkan yang lain pula.”

jelas saya.

“Ok ok. Ini pun dah bagus.” Kata Sahlan tersebut sambil tersengih.

Jadi macam mana nak stabilkan doktor?”

“Macam-macam cara. Salah satunya ialah melalui makanan.

Brain-based food. Melalui tindakan dan amalan.

Cara berfikir dan penggunaan perkataan pun ada kesan. Ada perkara yang perlu dielakkan.”

Jelas saya kepada Sahlan.

“Ooo..” panjang betul perkataan ‘O’ yang keluar dari mulut Sahlan. Jadi macam mana nak tahu”,

soal Sahlan lagi.

“Kena belajar.” Jawab saya ringkas. Ilmu ini penting.

Ilmu untuk kenal diri dan jadi bahagia.

Nanti akan saya kongsikan di Modul Online di neuroversiti.com ini.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top