Jom Fikir Positif !

Andai kita mahu bahagia sepanjang hayat,

pastikan kita jadikan OTAK kita bahagia dahulu.

Kenapa?

Bahagia adalah lebih penting pada OTAK kita berbanding dengan apa yang kita sangkakan.

Berfikiran positif contohnya boleh merangsang otak untuk mewujudkan lebih banyak rasa fikiran positif.

Isteri saya ceritakan yang rakan beliau dapat surat pertukaran ke tempat pilihan beliau Isnin yang lalu.

Beliau positif bahawa permohonan beliau akan diluluskan.

Bermula dari detik itu beliau asyik tersenyum sahaja.

Mood menjadi baik. Orang senang berbicara dan berurusan dengan beliau.

Kerja menjadi mudah dan ringkas jalan ceritanya.

Berfikiran positif seperti rakan isteri saya itu meninggalkan kesan pada otak.

Ia menyebabkan otak di bahagian belakang mata kiri beliau menjadi aktif.

Ini 6 Manfaat Berfikir positif:

1- Menstimulasikan perkembangan saraf di dalam otak.

2- Memperbaiki proses berfikir dengan meningkatkan kadar aktiviti otak

3- Proses menganalisa menjadi lebih tajam.

4- Mempengaruhi cara kita melihat persekitaran kita

5- Fokus menjadi lebih baik

6- Lahir lebih banyak fikiran positif.

Mengikut kajian juga, orang yang berfikiran positif, hidup lebih sihat.

Mereka kurang stress, lebih tenang serta mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.

Fikir positif baik kerana kesan gandaannya menghasilkan lebih banyak fikiran positif.

Natijahnya baik. Jadi tunggu apa lagi?

Jom Fikir Positif.

Anda Juga Mungkin Berminat

Ketahui 7 Kebaikan Bendi Untuk Kesihatan Lelaki

Ketahui 10 Cara Tingkatkan Imun Badan Anak!

Manggis – 9 Khasiat Penting Buah Ini Anda WAJIB Tahu!

Ini 7 Resepi Masakan Guna Garam Celtic Sea Salt

11 Tips Tingkatkan Metabolisme Badan Untuk Kurus

9 Khasiat Daun Pegaga Ramai Tak Tahu

Scroll to Top