7 Fungsi Keibubapaan Berasaskan Otak

Pernah tak kita terfikir,

Kenapa ada orang ni pandai bergaul?

Ada juga orang ni yang agak kekok dalam bersosial?

Ada yang cepat belajar benda baru, ada yang lambat sedikit.

Apa yang mempengaruhi tindakan sedemikian?

Manusia ni diberi potensi akal yang juga terdiri daripada organ otak.

Organ paling kompleks.

Selembut tofu, otak ni terdiri daripada 7 lapisan sel neuron di korteks serebrum (kulit otak).

Dan 7 lapisan tengkorak. Membran otak paling dalam.

Pernahkah kita bersyukur dengan pemberian dan nikmat memiliki otak ini?

Saya sangat dan sentiasa bersyukur dengan anugerahNya.

Kuasa OTAK 2.0 dikupas dalam bentuk infografik. Mudah faham mudah hadam.

Otak ni ada 100 bilion neuron yang sedia untuk dirangsang.

Di mana setiap 1 neuron boleh berhubung dengan 10,000 neuron lain.

Kesannya, membentuk rangkaian hubungan bakat, kebolehan, dan tingkah laku peribadi.

Dari jumlah kira-kira 100 bahagian otak.

Bahagian otak mempengaruhi sifat keibubapaan pada kanak-kanak.

Ada 7 bahagian yang paling memainkan peranan.

Macam mana nak rangsang ke tahap optimun?

NAK BELAJAR LEBIH LAGI?

SERTAI NEUROPARENTING 2023 SEKARANG!

KLIK DI SINI

1- 5 Deria Asas

Tujuan asuhan berasaskan otak ni sangat penting sebenarnya.

Kenapa penting?

Sebab kita nak lahirkan anak-anak yang cerdas mindanya.

Kuat mentalnya dan mulia akhlaknya.

Nisbah otak, emosi otak, motor otak dan juga deria mesti dalam keadaan normal.

5 deria asas yang dirangsang sekali gus.

Apabila anak-anak cuba untuk fahami dan biasakan diri dengan sesuatu perkara. 

Belajar dengan latihan, 90% akan lebih diterima oleh otak.

Daripada dengan hanya melihat atau mendengar.

2- Amygdala

Amygdala ni dipertanggungjawab untuk perkenalkan emosi asas.

Seperti kebahagian, kesedihan, ketakutan, kemarahan.

Juga mengesan emosi dan persiapkan diri untuk hadapi segala kemungkinan.

Selain naluri kelangsungan hidup dan memori.

Amygdala ni simpan kenangan atau peristiwa yang mempengaruhi emosi.

Sehingga individu mungkin dapat ingat kejadian sama pada masa akan datang.

Contoh peristiwa kena kejar atau kena gigit anjing.

3- Basal ganglia

Basal ganglia ni berupaya memproses maklumat, keupayaan automatik.

Untuk membiasakan diri dengan perkara/rutin/kebaikan.

Ia bantu menyesuaikan setiap tindakan yang dilakukan setiap hari.

Anak-anak yang baru belajar berjalan contohnya.

Akan tahu tindakan yang perlu dibuat dan elak daripada merangkak.

Juga, kalau anak diajar untuk menolong kucing terbiar, maklumat ini akan diproses dan selepas ini.

Jika melihat haiwan yang alami nasib sama dengan kucing itu, mereka akan terdorong untuk lakukan perkara sama.

Contoh lain seperti menangkap bola atau menggerakkan kaki ketika nak naik tangga.

4- Broca Wernicke

Bahagian Broca Wernicke ni penting.

Untuk rangsang kemahiran dan kefahaman bahasa atau linguistik.

Ibu bapa boleh luangkan masa dengan anak-anak untuk berkomunikasi dan berdialog.

Ajar mereka untuk guna perkataan-perkataan baru setiap hari.

Contohnya,

Ketika anak bermain dengan permainan kesukaannya.

Galakkan mereka untuk bercakap dan menjelaskan setiap aktiviti/fungsi permainan itu.

5- Parietal Lobe

Ada lagi 3 lobes iaitu front lobe, temporal lobe and occipital lobe.

Parietal lobe ni fungsi dia untuk proses ‘sensory information’ yang diterima dari luar.

Dalam konteks ini, ibu bapa berperanan untuk masukkan imaginasi konstruktif (intelektual).

Yang dapat bimbing imaginasi anak-anak untuk mentafsir dan mengenal.

Berlawanan dengan imaginasi konstruktif.

Jika ada perkara yang merangsang imaginasi merosakkan.

Anak akan punyai apa yang dipanggil sebagai rangkaian ‘rumah berhantu’

Yang merujuk kepada kepercayaan palsu/bias/fikiran berat sebelah

6- Hippocampus

Hippocampus ni bertanggungjawab untuk pembentukan, penyimpanan, pembelajaran dan pengolahan memori jangka panjang selain nagivasi ruang.

Terbahagi kepada,

Explicit memory (fakta dan peristiwa sepenuh sedar).

Spatial memory (lokasi objek dengan objek rujukan lebih spesifik).

Ibu bapa disarankan untuk luangkan masa berkualiti dengan anak-anak melalui aktiviti yang bermakna.

Contohnya, melancong satu keluarga, aktiviti riadah seperti hiking, marathon.

7- Insula

Insula ni berfungsi untuk mengaktifkan takat kesedaran kita.

Dan keterlibatannya dalam kemampuan menyelaraskan diri sendiri.

Fungsi homeostatik berkaitan asas kelangsungan hidup, kesedaran kendiri.

Ibu bapa mainkan peranan signifikan untuk aktifkan bahagian ni.

Dengan mengatur rangsangan yang diterima oleh pancaindera anak untuk wujudkan harmoni.

Ajar mereka perkara yang mereka perlu tahu.

Supaya mereka boleh berdikari dan berdiri atas kaki sendiri mengikut perkembangan umur.

Kesimpulannya,

Sangat penting untuk ibu bapa bina perhubungan berasaskan pengaktifan sel-sel otak.

Yang dapat meningkatkan perkembangan kualiti hidup anak-anak.

Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik buat anak-anak.

Nak mereka pandai berkawan, pandai jaga diri, berkongsi kebaikan, punyai keyakinan, cerdas dalam menuntut ilmu dan sebagainya.

.

.

.

P/S:

Tuan Puan nak belajar Ilmu Parenting?

Bagaimana cara fahami emosi & tindakan anak?

Nak pastikan anak kekal fokus tanpa paksaan?

Tanpa dibanding bandingkan?

KLIK DI SINI

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Scroll to Top