Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Lebih Daripada Sekadar Bina Jisim Otot

Bila sebut tentang Protein, mesti ramai teringat,

Otot ‘sado’, gim, bodybuilding, bersenam, suplemen🏋

Fungsi Protein bukan semata mata ‘bina otot’💪

Tetapi Protein juga bantu tubuh kawal hormon lapar, kawal hormon stres Cortisol,

Seimbangkan gula dalam darah,

Kawal atur hormon Melatonin untuk tidur lebih nyenyak,

Galakkan penuaan sihat serta menguatkan kulit, rambut & kuku.

Protein sangat penting untuk sokong sistem ketahanan tubuh.

Ia adalah ‘makronutrien’ iaitu,

Nutrien tubuh perlukan dalam kuantiti banyak setiap hari.

Protein ibarat ‘tapak asas’,

Untuk baiki, pulihkan & sembuhkan sel tisu tubuh.

Protein terlibat dalam proses hasilkan sel darah putih, antibodi & antioksidan.

Sebab itu apabila umur makin meningkat,

Penting untuk ambil makanan tinggi Protein & aktif bersenam,

Sekurang kurangnya 3x seminggu🚴

Kerana selepas umur 30 tahun,

Tubuh mulai kehilangan 1% jisim otot setiap tahun.

Nak tahu tak?

Tubuh tidak simpan Protein untuk jangka masa panjang,

Seperti Lemak & Karbohidrat.

Sebab itulah,

Bila makan Lemak & Karbohidrat berlebihan,

Berat pun bertambah dengan jayanya.

Lemak tersembul sana sini.

Puncanya?

Lebihan dua ni ditukar jadi gula & disimpan dalam tubuh jika tidak diguna untuk aktiviti fizikal.

Berbeza dengan Protein,

Protein akan diguna berterusan oleh tubuh untuk otot, sel sel & tisu tubuh.

Belajar sesuatu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Tips Tidur WWW: 3 Amalan Sebelum Tidur Yang Ramai Tak Buat

Tidur Nyenyak Dengan Cahaya Matahari? Ini Sebab Ramai Tak Sedar Kesannya Pada Otak

Scroll to Top